Friday, December 23, 2011

Disiplin yang perlu dipatuhi perempuan jika ingin berkahwin.

Dalam sebuah hadis, Aisyah bertanya Rasulullah, selawat dan salam ke atas baginda: apakah hak yang paling besar ke atas seorang perempuan? Jawab baginda: Hak suaminya. (Al Bazzar, dengan sanad hasan)
 bahawa sesungguhnya taat kepada suami dan mengakui dengan hak mereka adalah menyamai pahala jihad, dan tidak ramai dari kalangan kamu yang dapat melakukannya
“Seorang perempuan telah berkata: wahai Rasulullah, saya adalah wakil orang-orang perempuan untuk menemui tuan, kemudian perempuan itu menyebutkan pahala yang orang lelaki dapat di dalam jihad pada jalan Allah bersama harta rampasan perang,ia berkata: apakah habuan untuk kami pula? (kerana kami tak boleh turut berjuang). Jawab baginda: Sampaikanlah kepada perempuan yang kamu temui, bahawa sesungguhnya taat kepada suami dan mengakui dengan hak mereka adalah menyamai pahala jihad, dan tidak ramai dari kalangan kamu yang dapat melakukannya. (taat dan mengetahui hak suami) (Al Bazzar dan Tabarani, Az Zawajir, 2/64) 
Rasulullah (selawat dan salam kea tas baginda) bertanya kepada seorang perempuan, “apakah kamu mempunyai suami? Jawabnya; Ya. Sabda Rasulullah, maka bagaimana kamu berkhidmat kepadanya? Jawab wanita itu, saya tidak cuai melainkan perkara yang saya tidak mampu sahaja. Sabda nabi, bagaimana kamu lakukan, sedangkan ia adalah syurga dan neraka kamu. (Ahmad dan Nasaie)


Sabda Rasulullah: hak suami ke atas isteri ialah sekiranya ada pada suami kudis maka isteri menjilatnya, ataupun keluar darah atau nanah dari lubang hidungnya kemudian perempuan itu menelannya, belumlah ia menunaikan hak suaminya.
Dalam riwayat Al Bazzar dan Ibnu Hibban, dinyatakan bahawa seorang lelaki membawa anak perempuannya kepada Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya, lalu ia berkata bahawa anak perempuanya itu enggan berkahwin. Sabda Rasulullah, taatilah bapamu. Kata anak perempuannya: demi Allah yang mengutuskan kamu dengan haq, aku tidak akan berkahwin sehingga kamu beritahuku apakah hak suami yang isteri mesti tunaikan? Sabda Rasulullah: hak suami ke atas isteri ialah sekiranya ada pada suami kudis maka isteri menjilatnya, ataupun keluar darah atau nanah dari lubang hidungnya kemudian perempuan itu menelannya, belumlah ia menunaikan hak suaminya. Kata anak perempuan itu: Demi Allah yang mengutuskanmu dengan haq, aku tidak akan berkahwin selama-lamanya. Sabda Rasulullah: janganlah kamu nikahkan dia melainkan dengan izinnya.”

Dari Ibnu Abi Aufa, sabda Rasulullah:
“demi tuhan yang mengutuskanku dengan haq, belumlah seorang perempuan menunaikan hak tuhannya sehinggalah dia menunaikan hak suaminya.” (Ibnu Hibban, Az Zawajir, 2/65)

Dari Muaz, erti hadis:
“seseorang perempuan tidak akan merasakan kemanisan iman sehinggalah ia menunaikan hak suaminya, sekiranya suaminya meminta melakukan jimak walaupun di atas belakang unta. (riwayat Hakim, Az Zawajir, 2/64)

Sabda Rasulullah, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: Mahukah aku beritahu kamu isteri-isteri yang akan bersama kamu di dalam syurga? Kata shabat, bahkan beritahulah. Sabda baginda: iaitu setiap yang menyayangi suaminya, yang banyak anaknya; apabila ia marah atau diperlakukan dengan tidak baik kepadanya, atau suaminya merasa marah, ia akan berkata kepada suaminya: ini tangan aku ada pada tangan kamu, aku tidak akan tidur selagi kamu belum redha kepadaku.” 
(Mukjam Tabrani Saghir, hadis nombor 118. Kata Ibnu Hajar al Haitami: Sanad hadis ini sahih kecuali seorang perawi; kata al Munziri saya tidak tahu kedaannya thiqah atau tidak)

walaupun perkara itu meletihkan dan tidak ada apa-apa faedah tetapi kerana besarnya hak suami ke atas isteri maka isteri masih patut melakukannya, apatah lagi perkara lain yang tidak seperti itu.
Sabda Rasulullah, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya:
“sekiranya aku dibenarkan menyuruh seseorang manusia sujud kepada manusia, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri sujud kepada suaminya. Sekiranya suaminya menyuruhnya memindahka batu dari sebuah bukit berwarna kuning ke bukit berwarna hitam, atau dari bukit hitam ke bukit putih adalah sepatutnya isteri melakukannya. (Riwayat Ahmad, Mirqat syarah Misykat, 6/377, juga diriwayatkan oleh Ibnu majah, no 1852)

Dari Ummu Salamah, semoga Allah redha kepadanya, Nabi Muhamad, selawat dan salam ke atas baginda, telah bersabda, ertinya:
“Mana-mana perempuan yang mati sedangkan suaminya redha/suka kepadanya, pasti ia masuk syurga.” (Riwayat Imam Tirmizi, hadis hasan)

Dari Abu Umamah, semoga Allah redha kepadanya, Rasulullah, selawat dan salam ke atas baginda telah bersabda, ertinya:
“ Tiga golongan yang solat mereka tidak melepasi telinga mereka (tidak diterima) : hamba yang lari dari tuannya sehingga ia kembali; seorang perempuan yang bermalam dalam keadaan suaminya merasa marah kepadanya; imam kepada satu kaum sedangkan mereka tidak suka kepadanya.” (Imam Tirmizi)

Sabda Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya selama-lamanya, ertinya:
“tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia ini, melainkan berkatalah isterinya dari kalangan al hurul ain (bidadari):
janganlah kamu sakitinya, Allah melaknati kamu, suamimu hanyalah tetamumu, tak lama lagi ia akan meninggalkan kamu dan datang kepada kami.” (Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah, Mirqat, 6/370)


Seorang pendidik, Hajjah Zainab Ahmad pula memberitahu, untuk mewujudkan rumah tangga yang bahagia ialah dengan memberi salam apabila keluar dan masuk ke rumah. "Kedua, makan bersama anak-anak. Ketiga, sembahyang jamaah bersama. Keempat rajin-rajin menerima kedatangan tetamu. Kelima, sentiasa membaca al-Quran di rumah. Jika tidak membaca al-Quran dan beribadat di rumah, rumah itu seperti kubur," jelasnya.


Sabar terhadap suami






by Islamic Motivation on Friday, December 23, 2011 at 5:19pm
Pada zaman khalifah al-Manshur, salah seorang menterinya al-Ashmu'i, melakukan perburuan. karena terlalu asik mengejar hewan buruan, ia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

ketika rasa haus mulai mencekiknya, dikejauhan ia melihat sebuah kemah. terasing dan sendirian. ia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yg memukau, wanita muda dan jelita. ia meminta air. wanita itu berkata, "ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. ada sisa minumanku, kalau engkau mau ambillah".

tiba-tiba wanita itu tampak siaga. ia memandang kepulan debu dari kejauhan. "suamiku datang" katanya. wanita itu kemudian menyiapkan air minum dan pembersih.

lelaki yg datang itu lebih mudah disebut "bekas manusia". seorang tua yg jelek menakutkan. mulutnya tidak henti-hentinya menghardik istrinya. tidak satupun perkataan keluar dari mulut wanita itu. ia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dg khidmat, dan menuntunnya dengan mesra masuk ke kemah.

sebelum pergi , al-Ashmu'i bertanya, "engkau muda, cantik dan setia. kombinasi yg jarang sekali terjadi. mengapa engkau korbnankan dirimu untuk melayani lelaki tua yg berakhlak buruk?"

Jawaban perempuan itu mengejutkan al-Ashmu'i, "Rosulullah saw bersabda : 'Agama itu terdiri dari dua bagian, syukur dan sabar'. Aku bersyukur karena ALLAH telah menganugerahkan kepadaku usia muda, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. aku telah melaksanakan setengah agamaku. karena itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan setengahnya lagi, yakni bersabar". (Dahsyatnya sabar, 2010)


Kesabaran Fatimah az-Zahra binti Rosulullah


by Islamic Motivation on Friday, December 23, 2011 at 4:06pm

Fatimah az-Zahra binti Rosulullah pernah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Saat itu, suaminya Ali ra melihat wajahnya pucat pasi. Maka ia bertanya kepadanya, "Kenapa engkau pucat demikian, wahai Fatimah?"

Fatimah menjawab, "Sejak tiga hari yang lalu kami tidak mempunyai makanan di rumah!". Ali berkata, "Mengapa engkau tidak memberitahuku?". Ia menjawab, "Sebab, pada malam pernikahan kita dahulu, Rosulullah saw pernah berpesan kepadaku seperti ini : "Wahai Fatimah, Jika Ali ra datang kepadamu dengan membawa sesuatu, makanlah! Namun, bila ia tidak membawa apa-apa, janganlah sekali-kali menanyakannya" (Menjadi Wanita Paling Bahagia, 2007)

No comments:

Post a Comment