Hidup menanggur atau bekerja lebih mencabar? Mesti korang akan jawab bekerja lebih mencabar bukan? betul tak? Elehh... jangan tipu la..
Hehe.. jawpannya bergantung kepada individu.. Hehe, mcm ni better tak yah buat post kalau tak nak ulas. Mesti bekerja lebih mencabar kan? ERm, tidak pasti lah saya.
Antara cabaran bekerja adalah kene bangun pagi, kene bekerja, kene layan ragam orang, dan cabaran yang mesti ada adalah, celik mata ingat kerja. Tapi dugaan bekerja yang makan gaji yang paling aula adalah keberkatan duit gaji dan kejujuran menggunakan hak pejabat. Mashaallah, kita diupah untuk bekerja contohnya dari jam 8pagi hingga 5 petang, berehat jam 1pm-2pm. Tapi nak penuhkan masa dengan kerja sangat susah sentiasa.. dugaan macam-macam. Melengah-lengahkan kerja, dugaan FB dan hal peribadi.. Kalau kita dalami, berat nak jaga amanah.. Sedangkan jika kita nak solat dhuha pun, kita kena pastikan majikan izin dan tidak menggugat tugas.. Jika tugas perlu disiapkan, tugas lebih aula dari solat dhuha. Belum dengan hak pejabat dan majikan.
Aku mengagumi tingkah guru tuisyen ku dulu. Dia pensyarah, dia kalau pi mengajar hanya bawa badan. kebetulan masa itu marker asrama kehabisan dakwat semuanya. dalam koceknya ada sebatang marker milik UTM. Dia tidak menggunakan marker UTM itu dan sanggup menunggu marker dari pejabat asrama. Beliau menceritakan kewajipan menjaga hak kepada kami. Subhanallah..
Ingatkah lagi kisah Saidina umar? Saudaranya datang ke tempat kerjanya.. lantas beliau terus padamkan elektrik kerana dia menjaga hak rakyat dan elak dari kegunaan peribadi. Subhanallah, sanggup dia bergelap..
Tiba-tiba teringat zaman bekerja. Memang, kita akan dapat merasakan tidak tenang jika ada yang tak kena dengan gaji. Salah satu tandanya, duitnya tidak nampak hasil dan manfaat kepada kita.
Wah, kalau begitu menganggur je lah.. Lagipun saya perempuan, tak bersalah kalau tak bekerja..
Tapi kita tidak sedar atau lambat sedar.. bahawa setiap detik waktu kita lapang, Allah akan menuntut hak-Nya.. apakah yang kita buat dalam kelapangan waktu. Allah akan menuntut hak-Nya yg terhadap manusia bangganya menerima tugas sebagai khalifah.. Tugas yang tak mampu dipikul oleh gunung-ganang, tapi manusia dengan besar hati menerimanya untuk menjadi khalifah.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:
'Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat (tugas-tugas keagamaan) itu, dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh'.
Kawan-kawan, jom kita saling ingat beringat antara satu sama lain. Alhamdulillah, saya punya sahabat yang setia dan sabar.. walaupun dah lama terpisah jasad kami saling menghantar sms nasihat. bertanya kabar, berbuat apa, dah duha ke belum, dah baca surah kahfi ke belum? Apa yang dibuat untuk isi masa lapang tidak bekerja. Kami juga berkongsi ilmu dan tips yang diperoleh. Nasihat mereka mengubah tabiat saya. Alhamdulillah, terima kasih Allah.. Moga walau bertahun aku kenal sahabat-sahabat aku, aku tetap gembira menerima teguran mereka dengan syukur...
Aku yakin, ada hikmah beribu kau memudahkan urusan ku duduk di rumah.. Istiqamah boleh mengubah tabiat, Inshaallah.. Engkau menuntut hak MU kepadaku, beri kami petunjuk untuk memilih jalan yang kau redha Ya Allah..
Samalah sy ukhti.. blajar tinggi tp menganggur 4 tahun.. jg ibu sakit. Org luar ckp mcm2.. memandangkan sy ank sulung. Tp alhamdulillah..rezeki sy tak pernah putus.. mungkin apa yg berlaku pd hidup sy ada hikmahnya. Hanya allah yg maha mengetahui...
ReplyDelete