Saturday, January 21, 2012

Gadis mahal, Jejaka Handal..

Harga diri seorang wanita..
Bukan terletak pada sehebat mana perempuan itu tahan menunggu lamaran lelaki..
Sedangkan datingnya berhari-hari..
Berangannya 24 jam sehari..
Harga diri seorang wanita..
Bukan terletak pada kehebatan perpempuan berdiam diri... menyembunyikan hasrat untuk segera dipinang..
Sedangkan ucapan sayang menjadi zikir pagi dan petang, sebagai halwa telinga cik abang sayang..
Harga diri seorang wanita..
                Bukan mereka yang paling pasif untuk berkahwin..
Namun,
Harga diri seorang wanita..
                Terletak  sejauh mana dia aktif dan agresif mendapatkan jodohnya dengan segera..
                Terletak pada sehebat mana dia berusaha untuk menghalalkan perasaannya..
                Sepantas mana dia menjadikan yang dosa kepada pahala..
                Bila hati tergoda, segera mencari yang Esa..
                Bila hati berkenan, segera menilai cintanya.. samada kerana nafsu atau agama..
                Jika berkenannya kerana Yang Esa, dirisiknya dengan segera..
Tidak malukah engkau melamar si teruna?
Pantang nenek moyang.. bagai perigi mencari timba..
                Bersabarlah..
Kau punya Allah..
Ikut saja al-Quran dan sunnah Rasulullah, serta ratusan kisah wanita solehah..
Apakah kau lupa kisah Khadijah melamar Rasulullah?
Kisah Cinta Puteri Syuib mengarahkan ayahnya melamar Musa..
Ramai lagi kisah si solehah yang boleh dijadikan ikutan..
Malunya aku jika tiada siapa yang hendak akan diriku..
                Kenalilah Khaulah yang menawarkan diri kepada Rasulullah..
                Lantaran itu, Puteri Anas mencelanya.. bagai tiada malu dan maruah diri..
                Hakikatnya, Khaula jauh lebih mulia dari Puteri Anas..
                Rasulullah mengerti rasa hati sahabatnya,
                Lalu Menikahkan sahabat baginda dengan Khaula dengan mahar hafalan al-Quran..
                Khaula terima suaminya dengan penuh syukur..
Walaupun tidak mendapat Rasulullah.. dia mendapat suami yang menjadi sahabat Rasulullah..
Sedihnya hati bila tiada pemuda yang mahu menerima..
                Sabarlah.. tuhan lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..
                Ingat lagikah kisah Hafsah bt Umar?
                Saat bapanya, Umar menawarkan Hafsah kepada Ustman..
                Ustman menolak dengan alasan tidak mahu berkahwin lagi..
                Saat bapanya menawarnya kepada Abu Bakar..
                Abu Bakar diam membisu.. tidak memberi jawapan..
                Sehingga Umar kecewa dengan sikap Abu Bakar..
                Namun, tahukah kalian..
Rupa-rupanya Rasulullah pernah menyampaikan hasrat kepada Abu Bakar..
 untuk melamar sang Hafsah bt Umar..
Bukankah tuhan beri rezeki yang tidak disangka-sangka kepada orang yang bersabar?
Layakkah kita untuk menjadi seperti wanita-wanita ini?
Sedangkan solatku entah diterima atau tidak..
                Ingatlah.. biarlah perasaan malu ini muncul saat membandingkan diri dengan mereka..
                Biar wujud rasa rendah diri di hadapan yang Esa..
                Tapi, hati-hati..
                Jangan berbangga dengan rasa rendah dirimu..
                                                                                                                                                             Pengemis Nur Tuhan


Yang Gentleman..
Bukan yang kaya bagai jutawan..
Postpond kawen bertahun-tahunan..
Mengumpul duit juta-jutaan..
sebgai hantaran kepada jelitawan..
(pantun berkerat-kerat)

Ingatlah kisah Rasulullah..
Rasulullah menyegerakan bernikah..
Walaupun baginda tidak berharta..
Dengan rendah diri baginda menerima wang perbelanjaan dari Saidatina Khadijah..
Khadijah dipinang setelah baginda redha dengan agamanya..
Kerana baginda ingin segerakan bernikah..
Kerana bernikah itu sebahagian dari kesempurnaan iman..
Bukan kerana nafsu.. tapi kerana Iman..

Lelaki.. jangan sangka kamu gentleman..
Tidak mahu wang perempuan untuk bernikah..
Lalu kau melambatkan pernikahan..
Hakikatnya imanmu dalam bahaya..
Ketahuilah.. tidak hilang maruahmu dihadapan tuhan..
Selagimana kamu segera menghalalkan yang haram..
Ingatlah.. perkahwinan menambahkan rezeki...
Jika wang kau jadi pikiran..
Rasulullah saw bersabda:
“Tiga golongan orang yang pasti mendapat pertolongan Allah, iaitu budak mukatab yang bermaksud untuk melaksanakan perjanjiannya, orang yang menikah dengan maksud memelihara kehormatannya dan yang berjihad di jalan Allah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasai dan Daraquthni)
“Menjadi kewajipan Allah untuk membantu orang yang menikah kerana menjaga diri dari hal yang diharamkan-Nya” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasai dan Hakim)
“Carilah rezeki dalam pernikahan.” (al-Hadis)
“Nikahilah pada wanita kerana mereka itu akan mendatangkan harta”. (Hadis Riwayat Bazzar, Daraquthni, Hakim dan Dailami)
                                                                                                                  Pengemis Nur Tuhan....
Idea ini ditulis sebagai perkongsian setelah membaca buku..
Kekalkan kemesraan ini selama-lamanya..
Rupa-rupanya buku ini bagi tips kahwin segera.. =)
 Maap lah mak abah kalau hujung tahun tibe2 naik pelamin..

Friday, January 20, 2012

Teori seribu Professor Hamka dalam urusan memilih pasangan

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda;


"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilih atau dapatkan wanita yang beragama, kalian akan bahagia dan beruntung"


Dalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w memulai dengan menyebut tiga kriteria yang mengikuti kecenderungan atau naluri setiap orang, iaitu kekayaan, keturunan dan kecantikan. Kemudian, beliau telah mengakhirinya dengan satu kriteria utama yang tidak boleh dipermainkan lagi iaitu agama.


Professor Hamka telah megumpamakan kekayaan, keturunan dan kecantikan dengan bernombor kosong manakala agama dengan nombor satu. Nombor kosong berapa banyaknya pun tidak akan bermakna tanpa nombor 1. Sebaliknya, sekalipun tidak bernombor kosong, nombor satu tetap bernilai. 


Contohnya kita mendapat calon pasangan yang beragama dan kaya, nilainya10, kita mendapat yang beragama, kaya dan berketurunan yang baik nilainya 100 manakala sekiranya kita mendapat yang beragama, kaya, berketurunan yang baik dan cantik maka nilainya 1000.


Jika ada nombor 1, nombor kosong dibelakangnya menjadi begitu berharga. Namun, tanpa nombor satu, semua nombor kosong berapa pun jumlahnya tidak ada nilainya. Inilah yang dinamakan dengan teori seribu oleh Professor Hamka..


Sumber: Ya Allah, kekalkan kemesraan ini selamanya
Penulis: Khairol Amru


Renung-renungkan.. dan selamat beramal..

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

Thursday, January 19, 2012

Aduhai Saudara..

Sedihnya ku melihat gambarmu bersama sang kekasih..
Entah bagaimana, aku bisa terjumpa..
Ah, lupakan sahaja link apakah itu..
Yang pasti, semua urusan Sang Tuhan..

Sedih bukan kerana kau tidak memilihku..
Sedih kerana tingkah di dalam gambar itu..
Dulu, begitukah engkau?
Sama ada kau berubah atau aku yang tidak kenal kau..

Aku telah berpesan.. hati-hati dengan wanita..
Kau menjawab..'hati-hati dijalan saja'..
Ku sangka kau cuma bersahaja..
aku pun biarkan kau dan kemudian alpa..
dan kau terus terleka..

Ayuhlah kembali kepada Ilahi..
Ajar sang kekasih memuji Ilahi..
Jadikan Nabi Yusuf idola hati..
Dapat melawan Zulaikha walau anggun tak terperi..
Saat itu kau kan dipuji Sang Ilahi..
Kau disembah oleh semua penduduk bumi..
Jadikan cinta kalian dilindungi Ilahi..
Yang akan kekal di syurga nanti..

                                                                                                                  Yang tengok dari jauh..

Saturday, December 31, 2011

semester lapan hampir di penghujung..

jam 7.53 pagi, alhamdulillah, tuhan beri aku kesihatan yang baik.. tanpa lebam di mata, tanpa luka ditubuh.. dengan hati yang tenang, tanpa memikir tugasan yang bertimbun sebelum ni.. hanya fikir sikit-sikit akan 5 paper peperiksaan yang bakal dijawab kelak. alhamdulillah, perjuangan 23 jam kredit hampir tamat. Berita gembira dari pensyarah, tesisku layak dijilid dan dijadikan rujukan adik-adik. Kelayakan ini dapat memberi gambaran gred yang bakal diterima, alhamdulillah aku dikurniakan pensyarah yang penuh dengan sifat keibuan walaupun pangkatnya tinggi. Berbanding dengan rakanku, pensyarahnya macam-macam karenah. Ada seorang pesyarah yang sifatnya berubah serta merta bila dapat title 'Dr'.

Alhamdulillah, rakan-rakanku baik-baik belaka. kalau tidak baik pun, lumrah manusia yang tidak pernah lali dengan kesilapan. Rakan sekelasku yang sangat ambil berat akan nasib rakan-rakannya dan tidak mahu melihat rakan lain ketinggalan. Itulah antara lumrah kami, AT48: Sians(Matematik) dengan Pendidikan.

Marahnya seorang rakan kepada rakan lain kerana tidak mahu terjadi apa-apa sewaktu ingin pergi bermain bowling..
Marahnya seorang rakan kerana tidak mahu rakannya menjadi mangsa si rakus di luar..
Marahnya seorang rakan kerna tidak mahu melihat rakannya konvo seorang diri kerana hilang semangat untuk menyiapkan tesis.. dengan bebanan kerja kami yang berat.. Bilang saja 23 jam kredit, ramai orang terkejut..

tapi, pada hari kami berkumpul tempoh hari..
air mata bergenang di kelopak mata masing-masing..
hatta lelaki mahupun perempuan..
masing-masing memberi nasihat dengan penuh sebak..
entah bila kan bertemu lagi..
Pengkhususan Statistik dan Gunaan sudah cukup membuatkan kami rindu untuk bertemu..
Inikan pula entah berapa tahun lamyan..
dan mungkin tidak bertemu lagi..
Begitu juga rakan-rakan sekeliling yang banyak memberi pengalaman hidup..

Kita hidup didunia hanya sebagai pelakon yang sentiasa diperhatikan gerak geri kita oleh pengarah..
Pengarah suruh buat itu dan ini, tapi sejauh mana kita turut perintah..
Aku hidup hanya membantu kamu ketika berlakon..
Aku pun sedang berlakon dan kamu membantu aku berlakon..

Andai tika watakku sebagai orang yang penuh amarah..
       Kamu redakan aku dengan memegang watak yang penuh sabar..
Andai tika watakku sebagai orang yang bengis dan bongkak..
       Kamu insafkanku dengan wajah yang penuh manis dalam ketengan..
Andai tika aku memegang watak si pemalas..
       Kamu menunjukkanku cara hidup si rajin..
Andai tika aku memegang watak sebagai hamba yag mungkar..
       Kau ajarku ketaatan yang wajib aku lakukan..
Kerana Pengarah kita hanya mengarahkan supaya buat yang baik-baik sahaja dan mencegah yang mungkar..
dan matanya tidak pernah leka menyoroti tingkah laku dan gerak geri kita..
kerana markah diberi bagi setiap tindakan..
tayangannya akan dipapar di padang mahsyar..
Bukan anugerah skrin yang akan ditunggu, tetapi syurga atau neraka pialanya.
Walaupun kau pelakon tambahan, kaupun dapat markahnya sekali..
jadi, jangan sesekali terpengaruh denganku walau terjun ke gaung aku ajak..

Namun, andai ada silap kamu pada saya.. saya sentiasa cuba maafkan..
Namun, andai bekasnya terlalu dalam.. maafkan aku, kerana aku amat berharap dapat berhijrah jauh dari kamu.. dengan harapan hijrah itu dapat memberi semangat baru untuk aku meneruskan hidup..
dan ia menjadi satu hijrah yang sangat di nanti.. moga berkat hijrah itu, hati ini mampu berdoa untuk kalian dengan ikhlas dan penuh rindu..

Selamat tinggal..