Salah Siapa..
Hari ini seoarang ibu menuntut anaknya bersabar dan membalas
manis setelah dia tersalah kata. Ah, adakah dia sedar yang dia tersalah kata?
Sepertinya itu adalah ‘muzik’ utama yang akan keluar di mulutnya.. Sehingga
masing-masing anaknya sangat ingin menuntut kata-kata semangat dari seorang
ibu. Aku menangis kuat, sebab aku selalu kalah untuk melawan perasaan. Aku
gagal mengawal perasaan setiap kali ibu atau ayah memarahi atau mengutuk aku
dengan perkataan yang kurang enak. Aku membalas dengan kasar sebab hati aku
sakit. Banyak yang dipendam, tambah-tambah lagi kamu selalu membezakan anak
semasa bercerita kepada rakan-rakan, bahkan aku sendiri ada di situ.
Dulu, aku pernah menasihatimu supaya hormat si suami, jangan
selalu menengking. Niatku satu, kerana aku ingin kamu ke syurga. Tapi hari ini
kau menuntut kepadaku untuk menghormatimu seperti yang aku nasihatimu dulu. Oh
ibu, kau berdendamkah dengan aku sebab menegurmu? Memang, setiap kali aku
berkasar aku akan mengingati teguranku padamu dengan serta merta tanpa kau
ungkit. Aku selalu menangis sendiri tiap kali aku berkasar denganmu. Walau aku
sakit, aku memujuk diri untuk sentiasa berbaik denganmu. Kalau aku pergi jauh,
maknanya aku merajuk dan ingin mengubat hati. Aku sendiri penat, penat memikir
kenapa aku jadi cepat marah dan kurang sabar. Sehingga perangai aku terbawa-bawa
kepada rakan-rakanku yang tidak berdosa. Aku tidak boleh lihat mereka buat salah
atau buat benda yang aku tak kenan, nanti mulalah muka aku mencuka dan kasar
tutur kata. Bila aku sedar aku tersilap, segera aku hambil hati rakan-rakanku. Tanpa
rakan-rakan, hidup aku boleh jadi pincang walaupun selalunya rakan-rakan lah
yang mengubah kanak-kanak jadi semakin tak tentu hala. Mungkin berkat sedu
tangis ku dalam solat Istikharah sebelum masuk U, permintaanku supaya
dikurniakan rakan yang boleh memimpin aku telah dikabulkan tuhan. Syukur Alhamdulillah.
Dalam sedu tangis hari ini.. aku mengimbas zaman kecilku
setelah hari ini aku gagal mencari contoh teladan untuk aku ikuti. Setelah dua
puluh lebih aku hidup, sepertinya tidak ku jumpa contoh teladan tentang sabar
dari dalam rumahku. Barangkali aku buta atau tidak tersimpan dalam memori. Yang
tersimpan dalam memoriku adalah saat aku dibelasah orang tua dengan ranting
pokok, hanger dan tali pinggang. Bila tiada alat untuk dicapai, sebelah kaki
ayah yang perkasa dan besar itu menghinggap di belakang tubuh. Kerana apa?
Kerana aku tersalah tingkah. Aku susah bangun subuh, aku dapat nombor akhir
dalam peperiksaan, aku balik lambat kerana seronok bermain dengan kawan dan
lain-lain sebab yang menggugat kesabaran kalian. Hatta tika itu usia baru
menginjau 8 tahun, kau mengharapkan kesempurnaan dari ku. Kamu hilang sabar
dengan sangat cepat. Begitulah rutin harian. Bila si suami tersilap kata pada
isteri, sang isteri terus menengking. Begitu sebaliknya, serupa sahaja.
Hari ini, anak-anakmu menjadi pemarah seperti kalian. Kasihan
kepada rakan-rakan anakmu, menantu dan cucumu yang kerap melihat kebengisan
kami. Ingatkah kalian, si arwah anakmu yang kau sebat dulu? Kau sebat sepuas
hati sebab dia tak solat. Apakah akibatnya? Arwah anakmu itu tidak pernah solat
sepanjang umurnya. Ingatkah ayah? Salah siapa tiap kali dia tidak sembahyang?
Dia menggadaikan hak Allah kerana dia berdendam denganmu. Besarnya kesan
kebengisan mu pada diri kami. Bersalahkah kami jika kami menuding jari kepada
kalian sebab gagal mendidik kami dengan contoh tauladan yang baik?
Duhai anak.. Kau tidak ingatkah cerita emak akan ‘jahatnya’ nyai. Tidak ingatkah lancangnya mulut nenek bila bersuara? Dari kecil ibumu telah dibelasah habis-habisan.. Begitu ayah mu.. Mereka dilarang belajar supaya menjaga adik, pergi menoreh, berkebun dan mengemas rumah. Begitu juga ayahmu. Tanpa pengorbanan ayahmu mencari duit dan tidak pergi ke sekolah, belum tentu pak cik kau boleh ke sekolah dan bergaji belasan ribu sebulan. Mereka tidak bersekolah, mereka tidak belajar ilmu psykologi, tarbiatul aulad, tak pergi kursus kahwen tidak membaca buku agama, sebab itu tidak tahu hukum dan balasan di akhirat. Sedangkan kau yang bijak agama pun tidak teringat dosa dan pahala bila berkata kasar, inikan ayah ibumu yang tidak pandai membaca. Mereka telah diajar dengan budaya pukul memukul dan isteri bergaduh dengan suami adalah normal. Dan semestinya atok nenekmu pun diajar begitu. Jadi salah siapa? Sampai generasi ke berapa budaya ini akan berterusan?
Cukuplah, urusan tuding menuding tidak akan menyelesaikan
masalah. Bagai tidak masuk akal jika kita memberi hukuman kepada mereka yang
tidak tahu. Seharusnya kita yang bijaksana mempraktikkan ilmu yang penuh di
dada iaitu menunjukkan amal dan tingkah yang sepatutnya kepada mereka. Tapi,
kita sendiri gagal memberikan yang terbaik pada diri sendiri, inikah pula mahu
dijadikan contoh.
Mohon didoakan agar mereka diampuni atas kejahilan mereka.
Mereka berbuat begitu kerana mereka ‘tak tahu’. Tak tahu hukum, tak tahu akibat
kepada keturunan. Makanya kita dituntut mencari ilmu. Ilmu bisa memperlahankan
maraknya api dalam diri ketika marah. Sekurang-kurangnya ilmu membuatkan kita
terfikir-fikir kesan dan akibat semasa kita hendak ‘mendera’ seseorang. Kalau sudah
terlajak, sekurang-kurangnya ilmu menginsafkan kita akan akibat buruk di
akhirat.
#moga kisah kawan kita ini memberi pengajaran kepada kita.. seburuk-buruk ibu bapa, dia banyak berjasa pada kita.. dia buat salah sebab dia tak tahu.. mcm mana kita tak tahu semasa buat salah pada mereka.
#moga kisah kawan kita ini memberi pengajaran kepada kita.. seburuk-buruk ibu bapa, dia banyak berjasa pada kita.. dia buat salah sebab dia tak tahu.. mcm mana kita tak tahu semasa buat salah pada mereka.
“Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, nenek moyangku
jika mereka gagal mendidik kami. Jadikan kami anak yang sentiasa bersyukur”.
Assalamualaikum,
ReplyDeletesaya terkesan membaca cerita ini, kerana saya mengalami keadaan yg serupa. beribu2 persoalan yang saya terfikir.
'adakah salah aku?'
'kenapa aku sentiasa dipersalahkan?'
mungkin lebih tepat sekiranya, aku berkata.
"benar, aku lah yang sentiasa salah, ibu sentiasa benar'
aku selalu menyedapkan hati, kedudukan ibu itulah paling utama.
tapi, saya kesal. kerana, walau byk mana saya cuba menyenangkan dan mengambil hati ibu, ia tetap diakhiri dengan ayat2 spt
'kamu memang suka melawan dari dulu, kamu tak pernah berubah, mak masih tak lupa sakit hati mak'
sedih, kerana hakikatnya, aku berubah la macam mana sekalipun, kesalahan-kesalahan aku tetap akan diungkit-ungkit sampai bila!
sedih, kerana apabila tersilap langkah sedikit dalam usaha membetulkan keadaan, salah yang sikit itu menjadi bahan utama.saya tahu, saya tidak sempurna, tetap melakukan silap.
tapi, ada ibu peduli kenapa saya melakukan silap itu?
tidak, ibu hanya peduli, kenapa saya sakitkan hati dia...
ya Allah, sedih dan pilu rasa hati ini bila ibu sniri berkata begitu pd saya.
padahal, kita sygkan dia dan mahu semahunya menjaga hati dia!