Monday, December 31, 2012

Keadaan al-Qur'an pada zaman para sahabat dan zaman sekarang.

Setelah membaca satu petikan hadis dari kitab hadis 40 terbitan Fajar bakti muka surat 97 (di bawah huraian hadis mengenai kepercayaan kepada Kitab), teringat kata-kata Mak Cik Salbiah (kenalan sewaktu duduk di Bandar Baru Uda).. Orang kita sibuk belajar tajwid, tapi tidak berikhtiar belajar untuk faham al-Qur'an.. pada hari itu aku baru tahu bahasa arab ada dua jenis.. iaitu arab harfiyyah dan arab komunikasi.. yang saya belajar bagai nak rak tapi tak excellent tu rupanya bahasa arab komunikasi sedangkan yang saya cari tak jumpa-jumpa adalah arab harfiyyah al-furqan. kadang-kandang kita tidak berpeluang berguru dengan yang pakar, namun kita sepatutnya sedaya upaya untuk memahami isi kandung al-Qur'an dengan tafsir atau internet kerana ia bahan rujukan wajib untuk manusia yang hidup di dunia, diikuti dengan hadis Rasulullah..

sejauh mana kita menghambakan mata dan fikiran untuk menyiapkan tesis dengan galian ilmu dari pelbagai sumber, sepatutnya kita melakukan lebih dari itu utk memahami al-Qur'an dan Hadis kerana kita akan bertembung dengan Ujian di alam barzakh dan Mahsyar yang berjuta kali penting dari ujian mendapatkan Diploma atau Sarjana. Tapi inilah lumrah kita sebab dosa dan pahala tidak terlihat, akhirat dan mati tidak disedar yg ia mendekat.

Berbalik kepada tujuan asal pembacaan kita, iaitu untuk mengetahui keadaan al-Qur'an dahulu dan sekarang berdasarkan hadis Ibnu Mas'ud yang menceritakan sebagai berikut (rujukan penulis buku: hadis dlm kitab al-Mautho' dan Imam Syathibi juga ada merengkannya dalam al-muafiqaat) :

"Sesungguhnya engkau berada pada zaman yang didapati banyak fuqaha'nya (orang-orang yang faham ayat al-Qur'an) dan sedikit pula Qara'a nya (orang-orang yang pandai membaca ayat-Nya) tetapi Hudud al-Qur'an (larangan-larangan-Nya) tetap dipeliharakannya sedangkan hurufnya tidak pula sangat dicuaikannya. Sedikit orng yang meminta, banyak orang yang memberi. Mereka memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah. Mereka mulakan saja amal-amal mereka sebelum percakapan mereka. dan akan datang SATU ZAMAN kepada manusia yang didapati sedikit sekali fuqaha'nya (orang-orang yang faham ayat al-Qur'an), banyak pula qara'a nya (qari-qari nya); dipelihara benar hurufnya, tetapi disia-siakan hududnya (larangannya). Banyak orang yang meminta, sedikit orang yang memberi. mereka memanjangkan khutbah, memendekkan sembahyang. Mereka mulai menuruti kemahuan-kemahuan mereka sebelum melakukan amal-amal mereka."
Penulis buku menghurai lebih lanjut akan hadis tersebut seperti berikut:

Demikianlah hadis tersebut yang menggambarkan kepada kita bahawa zaman pertama iaitu zaman sahabat di mana zaman itu cukup terpelihara kehormatan isi al-Qur'an. Kerana zaman itu mereka memahami isi al-Qur'an serta memelihara hudud atau larangannya dan mengambil hukumnya adalah lebih utama daripada semata-mata bacaan yang kosong pengertiannya. Pada zaman sahabat, pengajaran al-Qur'an mempengaruhi jiwa, rasa kasih sayang meresap ke lubuk hati, hingga sedikit orang yang meminta tetapi banyak yang memberi. Mereka pada zaman sahabat memanjangkan sembahyang kerana sembahyang adalah munajat yang perlu dilambatkan dalam mengerjakannya. sedangkan mereka meringkaskan khutbah kerana khutbah semata-mata percakapan, gerak lidah pertuturan huruf yang habis begitu sahaja. Dan mereka mengutamakan amal dan memulakannya sebelum mereka bercakap berbual dan bertukar fikiran.
Namun begitu, zaman tersebut telah berlalu selenyap-lenyapnya. Penulis buku menghurai lanjut;
Sekarang tibalah satu zaman baru di mana keadaan telah berubah sama sekali. Kini telah banyak orang membaca al-Qur'an tetapi bacaannya tidak sampai ke hati. Banyak orang mengutamakan dan menghafaz huruf al-Qur'an tetapi disia-siakan terus hudunya, hukumnya, nasihatnya serta pelajarannya. Sebab itu al-Qur'an tidak dapat menginsafkan mereka dan mereka pun tidak insaf sesama mereka. Hingga banyak orang yang meminta dan sedikit orang yang memebri di antara mereka. mereka memanjangkan khutbah kerana khutbah tidak menyusahkan mereka. dan mereka memendekkan sembahyang kerana sembahyang menggelisahkan jiwa mereka disebabkan tidak ada hubungan langsung dengan Allah s.w.t yang maha berkuasa. Akhirnya mereka suka bercakap menurut kemahuan mereka sendiri sebelum mereka melakukan amal yang sepatutnya mereka mulai.
Di sini jelaslah bahawa al-Qur'an merupakan panduan yang jelas bagi manusia.. Segala kecelakaan di muka bumi adalah disebabkan ketidakpsedulian kita akan al-Qur'an dan hadis. Moga kita jauh dari menjadi manusia yang celaka. Na'uzubillah..









No comments:

Post a Comment