“Hai Ibrahim, jika engkau benci dengan tuhan-tuhan
sembahanku, pergilah engkau sejauh-jauhnya. Tinggalkanlah aku selama-lamanya!”
Kemarahan bapanya, Azar yang menggelegak.
Ibrahim amat berdukacita. Lelaki yang ditakdirkan Allah
ta’ala sebagai ayah kandungnya tetap utuh menggenggam kemusyrikannya. Cahaya
kebenaran yang dihulurkan tulus, dibalas dengan ayahnya dengan ancaman..
Inilah kemuncak permulaan Nabi Ibrahim menemui tuhannya..
dan hal ini juga ujian getir yang harus dilaluinya, seusai dia menemui
kebenaran.. Andai berlaku pada manusia hari ini, pastinya merintih dan
mempersoalkan mengapakah tatkala semakin dekat bersama al-khalik, semakin kuat
ujiannya.. Tetapi tidak bagi nabi Ibrahim, pertemuannya terhadap ketuhanan Allah
pencipta alam semesta amat mengukuhkan pegangan dan pendiriannya.
Merujuk buku Samudera Cinta Sarah dan Ibrahim a.s, karya
Ibnu Sahid As-Sundy (kata pengantar, Rohaya Ishak) m/s 4;
Sejak usia muda, kecerdasan dan kecerdikan Ibrahim telah
teruji. Kesucian jiwanya membuatnya bersikap kritis, terutama pada hal-hal yang
menyangkut ketuhanan, hingga Litsa binti Karbita, ibu kandungnya meyakini,
puteranya itu kelak menjadi orang besar.
“Duhai ibunda tercinta, siapakah sesungguhnya Tuhanku?”
tanya Ibrahim suatu hari ketika usianya menjelang sepuluh tahun. Pertanyaan
seperti itu tidak lazim diungkapkan seorang kanak-kanak yang dunianya masih
dipenuhi gelak tawa permainan dan kemanjaan nan tinggi.
“Aku!” jawab Litsa ringan.
Dahi Ibrahim berkerut dan kedua keningnya hampir bertaut
mendengarnya.
“Jika ibu adalah Tuhanku, lalu siapakah Tuhan ibu?”
“Ayahmu!”
“Lalu, siapakah Tuhan ayah?”
“Namrud bin Kusy!” jawab Litsa tegas.
“Dia raja besar kerajaan Babil yang wilayah kekuasaannya
amat luas. Dia raja perkasa yang keperkasaannya
melangit. Namrud adalah Tuhan ayahmu dan Tuhan kita,”
Ibrahim tidak puas hati mendengar jawaban ibunya. Jiwa
sucinya memberontak. Tidak mungkin seorang manusia menjadi Tuhan sembahan
manusia lainnya, demikian kata hati jernihnya. Maka dia terus mengejar dengan
pertanyaannya lagi,
“lalu, siapa Tuhan Namrud?”
Litsa
tidak lagi mampu menjawab pertanyaan anaknya. Tangannya segera dihayun dan
menampar Ibrahim agar tidak berani lagi bertanya seperti itu. Ibrahim terdiam
tetapi hatinya terus bergolak. Dia merasa pedih akibat tamparan ibunya, namun
hatinya jauh lebih pedih tatkala pertanyaannya tidak terjawab.
Ibrahim masih tidak berpuas hati, Ibrahim terus mencari
sendiri. Mencari siapakah Tuhannya yang juga merupakan tuhan ibunya, Tuhan
ayahnya dan juga tuhan namrud bin Kusy?
Ibrahim menghabiskan siang dan malamnya
untuk mengamati alam semesta. Diperhatikannya hamparan langit yang maha luas.
Suatu hari Ibrahim memerhatikan lautan luas yang tidak
diketahui mana hujung pangkalnya, lalu matanya menatap bintang Musytari di
kegelapan malam, Ibrahim merasa kagum. Bintang tersebut telah bersinar terang
melebihi bintang lain yang menerangi bumi di waktu malam. Dengan ketakjuban
itu, Ibrahim menyangka bintang Musytari itulah Tuhannya!
Bagaimanapun, Ibrahim kecewa kerana bintang Musytari itu
akhirnya lenyap. Tidak mungkin Tuhan lenyap, batinnya menegakkan kebenaran.
Maka ia beralih ke sesuatu yang lebih hebat dari bintang Musytari. Bulan lebih
besar dan lebih terang cahayanya dibandingkan bintang Musytari. Lalu Ibrahim
menganggap bulan itulah Tuhannya.
Tetap kecewa sebaik sahaja ibrahim mendapati bulan pun beransur pergi seiring malam yang
beransur hilang. Batinnya kembali bertegas, tidak mungkin bulan itu Tuhan,
kerana Tuhan tidak mungkin hilang apabila pagi hadir menjelmakan diri. Kemudian
diketemukannya kenyataan, bahawa matahari berlipat-lipat kali ganda jauh lebih
besar dan terang sinarnya dibandingkan bulan. Maka lagi sekali dia membuat
keputusan baru, matahari itulah Tuhannya!
Ibrahim menyangkakan pencariannya telah berakhir.
Bagaimanapun, ternyata tidak! Sama seperti bulan, matahari pun turut terbenam
di barat ketika senja hadir. Amat mustahil tuhan seperti itu.
Ibrahim buntu. Tidak tahu lagi kepada siapakah dia hendak
merebahkan keimanan dan ketakwaannya. Batinnya hanya menegas,
“Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku,
pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat!”
Kemudian Allah s.w.t mengutus malaikat Jibril kepada Ibrahim
untuk menggemakan kalimat suci di sanubarinya.
“Wahai Ibrahim, patuh dan tunduklah Engkau!”
Meski amat terkejut, namun Ibrahim dengan yakin menjawab,
“Aku patuh dan tunduk kepada tuhan semesta Alam!”.
Maka tersingkaplah rahsia yang dicari sebelum ini. Akhirnya
Ibrahim menemukan Allah ta’ala selaku tuhan sembahannya yang menciptakan
seluruh alam raya ini. Keimanannya kukuh kepada Allah s.w.t.
Baginda telah diduga dengan mengisbatkan kewujudan Tuhan
melalui tadabbur (pengamatan)
alam semesta melalui bulan, matahari dan bintang. Cabaran ini juga telah berjaya di atasi oleh
Nabi Ibrahim (a.s), maka Allah (s.w.t) telah memerintahkan baginda supaya tunduk dan patuh
serta menyerah diri kepada Allah (s.w.t) dan Baginda mematuhinya.
alam semesta melalui bulan, matahari dan bintang. Cabaran ini juga telah berjaya di atasi oleh
Nabi Ibrahim (a.s), maka Allah (s.w.t) telah memerintahkan baginda supaya tunduk dan patuh
serta menyerah diri kepada Allah (s.w.t) dan Baginda mematuhinya.
Kejayaan Nabi Ibrahim ini antara salah satu sebab baginda akhirnya digangkat menjadi imam kepada seluruh umat manusia. Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment