Monday, May 27, 2013

Cikgu sebulan jagung..

"Eh, cikgu dah tak ajar math ke? Cikgu ajar Pendidikan Islam ea?" tegur Husaini sebaik sahaja ternampak perkataan 'hadis' pada lipatan kertas mahjung yang aku bimbit..

Aku hanya senyum dan membiarkan budak-budak itu tertanya-tanya. Itulah cara aku membuli anak murid ku, aku suka membuatkan mereka berfikir dan tertanya-tanya. Kertas mahjung di tampal dan murid-muridku rakus membaca, bukan dalam hati. tetapi dengan mulut riuhnya hingga tenggelam suara aku di hadapan yang sedang memberi arahan. Kertas tersebut tertulis ayat berikut;
Dari Abu Hurairah ra berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Allah menjadikan rahmat itu 100 bahagian, yang 99 Ia tahan disisi-Nya, dan yang 1 bahagian diturunka ke permukaan bumi. Daripada 1 bahagian itulah semua makhluk berkasih-sayang sehingga binatang itu mengangkat kakinya kerana khuatir kalau-kalau terpijak anaknya”.
 'Okey semua.. kamu pernah tahu tak fungsi Matematik dalam hal-hal agama?'
mereka tercengang, diam memikir jawapan.. lalu sebahagian besar menjawab..
'tak tahu cikgu'..

"Ok, tak apa.. hari ini cikgu nak ajak kamu mengaitkan sedikit ilmu Matematik dengan agama. Baiklah, sekarang kita baru habis belajar topik apa?

"Nisbah, cikgu'.. jawab mereka.

'Ok, bagus.. cuba kamu semua baca sama2 ayat yang cikgu tulis kat depan ni'..

(pelajar membacanya bersama-sama).. usai mereka membacanya, aku membuka ruangan soalan utk mereka memahami maksud hadis tersebut.. yang paling susah budak2 ni nak faham adalah berkaitan binatang yang angkat kaki itu.. aku cuba menyampaikan maksud hadis itu dengan cara mudah.. setelah mereka sudah faham.. giliran aku bertanya kepada mereka untuk memastikan objektif dan hajat aku tercapai.

"Ok, apakah nisbah rahmat yang Allah turunkan ke permukaan bumi dan rahmat yang Allah jadikan kepada hambanya?"

Mereka pun menjawab dengan bermacam-macam jawapan dan aku pun menyoal kembali jawapan mereka sama ada logik ataupun tidak.. Alahmdulillah, akhirnya mereka mampu jawab dengan jawapan yang betul.

'Ok kelas.. jom kita bincangkan 1 rahmat yang Allah turunkan kepada kita di muka bumi ini.. sebagai contoh, Allah kurniakan ibu dan ayah kepada kita.. cuba bayangkan jika kita tiada mak ayah, siapa yang nak bagi susu dan besarrkan kita.. selain itu nikmat tubuh yang sihat.. jika 1 sel dalam tubuh rosak, kita akan sakit contohnya dapat kanser disebabkan sel2 badan kita tak berkembang dengan baik. Ok, apa lagi rahmat yg 1 bahagian Allah turunkan kepad kita?'

maka setiap seorang memberi jawapan..

pelbagai jawpan diberi. antaranya nikmat dapat belajar, nikmat dapat berdiri, nikmat dapat duduk, melihat.. dan jawapan seorang pelajar lelaki ini..

'nimat dapat buang angin cikgu!' habis satu kelas tergelak..

memang benar.. ia juga 1 nikmat yang perlu disyukuri.. melaluinya, tubuh menjadi sihat kerana membuang racun.. aku membenarkan katanya dan aku juga belajar darinya kesedaran baru.. nikmat kecil yang perlu disyukuri.. begitu juga dgn jawpan 'nikmat menutup aurat'.. tahniah anak muridku, kau sudah nampak rezki yang Allah turunkan kepadamu.. Moga kau jadi pelajar cemerlang dan celik hati..

Maaf kerana cikgu kadang2 gagal memberikan hakmu sehabis baik.. Nakal2 kamu, cikgu rasa janggal bila dah lama tak menjerit.. ^_______^

#kata bijak pandai, orang yang mengajar perlu berhenti mengajar jika dia tidak belajar dengan apa yang dia ajar..

No comments:

Post a Comment