Tuesday, September 3, 2013

Gelagat budak-budak


Gambar: Jamuan raya kelas 1 Beta.. mereka tetamu raya yang ke 56.. Adam tiada dalam gambar kerana cuti  sakit kudis buta.. Penyakit no.1 bg pelajar asrama.. Lagi 1 kelas beraya semasa saya p kursus.. Bayi kecil itu housemate saya.. penghibur setelah penat menjerit seharian di sekolah.


Sambutan hari kemerdekaan ke-56 di stadium Mersing. 35 peserta kesemuanya dan semuanya form 2. Hehe, sebabnya budak f5 n f3 sibuk prepare utk PMR dan SPM.. Form4 pula sibuk dengan Ujian.. Nak senang kerja, saya ambil semua perempuan F2.. hanya tinggal 9 org perempuan yang tak sertai dan kebosanan. Jadinya, pakaikanlah semuanya baju KRS sebab saya guru KRS.. Macam2 ragam, boot sebelah tinggi n sebelah pendek lah, belum kes kepanasan dengan baju yang tebal n aksesori banyak + kasut berat.. Maaflah kalau korang terpaksa cari tudung sampai lewat pagi sebab tak nak kene bebel dan dilarang oleh saya dari masuk bertanding..

Johan bagi Pertandingan kontinjen terbaik dan pakaian terbaik kategori Pasukan Beruniform IPT dan Sekolah Menengah.

Bunga raya tu adalah hadiah sebab sekolah dapat naib johan bg landskap tercantik (Baki bunga akan dihantar oleh Majlis Daerah pada kemudian hari).. Kalah dengan SMK Mersing.

Banyak lagi kenangan, tetapi disebabkan ambil gambar bukan hobi saya.. jadi kamera kosong ja.. ngeh3

No comments:

Post a Comment