Wednesday, December 21, 2011

Yoyoh Yusroh: Mutiara yang telah tiada

Setiap amanah yang diembankan, beliau menjalankannya ‘sampai titik darah penghabisan’. Beliau berpostur biasa, namun beliau punyai kekuatan hati dan kemampuan yang manajerial serta keunggulan akalnya, menjadikan almarhum seorang pemimpin yang dikagumi. Beliau merupakan seorang ahli dewan parlimen indonesia, tetapi kerana zuhudnya, tiada siapa mengenalinya sehingga dia boleh mencuci tandas di masjid. Beliau juga merupakan orang paling di hadapan dalam menyuarakan gerakan memakai tudung, di mana waktu itu telah diharamkan di jakarta. Berkat usahanya, kerajaan negara itu telah menarik balik larangan tersebut dan kemudian rakyatnya dapat memakai tudung ke mana sahaja.

Antara sifat-sifat ataupun cerita dari kisah hidup beliau;

1. Sifat dermawannya diwarisi daripada datuknya.
 Arwah datuknya sangat pemurah dan telah dinyatakan bahwa datuknya tidak akan membiarkan penjual di pasar pulang di lewat malam. Datuknya akan membeli kesemua barang jualan peniaga dan akan memberikan kepada yang memerlukan. Di samping itu juga, datuknya suka membeli barang terutamanya makanan dalam kuantiti yang banyak kerana sepanjang perjalanan pulang, datuknya akan memberi makanan tersebut kepada kanak-kanak yang sedang bermain. Sebaik sahaja pulang ke rumah, makanan itu akan tinggal sedikit sahaja.
Ustzh yoyoh juga akan mengajak orang disekelilingnya untuk melakukan kebaikan.

2. Isteri yang tidak menyusahkan suami
Pada beliau, masalah kecil yang boleh disederhanakan tidak perlu diperbesarkan. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa bantuan sendiri dan masalah yang lebih besar dan lebuh penting harus ditanggung untuk diselesaikan bersama-sama. Namun padanya, masalah dakwah adalah jauh lebih besar daripada masalah rumahtangga, dan dakwah paling besar adalah menyelamatkan Palestin daripada Yahudi.
Beliau sangat terkesan dengan kata-kata ustaz Abu Ridho yang berbunyi;
“Apabila mau marah kepada anak, lebih baik marah kepada Yahudi sahaja. Apabila dihadapkan dalam banyak masalah keluarga dan lain-lain, tahu dan sedarlah bahawa ada masalah yang jauh lebih besar yaitu Yahudi.

3. Membantu tak kira siapa
Setiap kali beliau melihat anak kecil membuang air, beliau akan mendekati anak itu dan membersihkannya walaupun ternyata budak itu tidak dikenali.

4. Mengajar Mengaji
Beliau telah mengajar ramai orang mahupun sahabat-sahabatnya untuk mengaji dan tidak pernah untuknya menolak permintaan sahabat yang ingin beliau mengajar mengaji.

5. Peramah dan baik hati
Setiap kali raya menjelma, beliau akan membawa anak-anaknya untuk bertandang ke seluruh rumah jiran tetangga. Sikap peramahnya telah menyebabkan jirannya yang non-muslim ketakutan dan berpindah rumah. Jirannya itu takut kalau-kalau dia bertukar agama setelah melihat kebaikan ibu Yoyoh. Satu cerita yang lain, ibu Yoyoh pernah bertandang ke rumah jirannya dan berborak dengan anak jiran tersebut yang berumur lima tahun. Setelah berborak panjang dengan anak kecil itu, anak itu akan memakai tudung setiap kali bertandang ke rumah ibu Yoyoh. Pada suatu hari, ibu yoyoh datang ke rumah anak kecil itu, dan anak kecil tu berlari masuk ke rumah kerana tidak memakai tudung. Sebaik sahaja anak itu keluar, anak itu telah mengenakan tudung.

Memujuk anak:Saat anaknya berumur lima tahun menarik-narik bajunya serta mencakar-cakar mukanya, beliau tetap tersenyum dan hanya menuturkan doa; “Ya Allah, ampunilah anakku Huda ini. Berilah dia petunjuk. Jadikanlah dia anak yang saleh!”. Sebaik sahaja anak kecil itu mendengar doa ibunya, dia terus berhenti menangis dan menjadi bertolak ansur. Sejak itu, anaknya mendengar kata dan mudah urusannya.

6. Berbuat baik dengan orang gaji
Beliau merupakan seorang majikan yang sangat prihatin. Pada suatu hari, beliau telah memangil orang gajinya sebanyak tiga kali tetapi tidak disahut. Kemudian dia membals lembut sahutan terakhir orang gajinya; “ Jika kamu penat, rehatlah dulu, saya mahu pergi ke Yogya. Ini wang saku untuk kamu beli jajan(makanan ringan). Umi mintak maaf kalau Ummi banyak salah”. Ayatnya amat terkesan di hati orang gajinya dan dia berasa sungguh bersalah dengan apa yang telah dilakukan.
Pernah satu ketika, beliau telah mengarahkan amahnya untuk mencuci pakaian suteranya dengan menggunakan tangan. Tetapi, amahnya telah membasuh menggunakan mesin lalu dijemur. Apabila Ibu Yoyoh melihat baju itu, beliau ketawa dan menegur orang gajinya. “ Fikoh..Fikoh..  baju saya dimasukkan ke mesin ya? Ummi jadi sedih deh, bajunya jadi kusut”, tanpa ada riak marah sekalipun. Lantas, orang gaji itu rasa bersalah dengan sendirinya.

7. Tidak pernah penat dan kurang tidurnya.
Antara perkara yang ditekankan dalam hidupnya; “Kita berjuang buat umat. Berjuang capek-capek, nanti istirehat di syurga. Makanya tidurnya sedikit”

8. Sifat romatik
Beliau saling mengingati suaminya untuk berpegangan tangan sewaktu ingin tidur walaupun idea tersebut datang dari suaminya. Beliau akan menabur bunga melati di tempat tidurnya.

9. Tidak pernah meninggalkan solat tahajjudnya
Beliau tidak pernah tinggal tahjud walaupun pulang ke rumah jam 2 pagi. Rakan-rakan yang lain memberi alasan bahawa anak kecil kerap menangis di tengah malam dan menyukarkan mereka untuk bertahjud. Maka balas beliau, “ bersihkanlah anak kamu, letakkan dia disebelah tempat solatmu.. apabila dia menangis, angkat, dan peluklah.. lalu teruskan solat sambil mengendongnya.”

10. Tidak pernah lalai dalam menyusukan badan kepada anak-anaknya.
Hatta sibuk berdakwah di lain negeri, beliau akan menyediakan bekalan susu kepada anaknya. Ada suatu ketika, dia terpaksa berdakwah di luar negeri. Pagi itu beliau menaiki kapal terbang ke tempat dakwah, dan setelah selesai tugas, petang itu juga belaiu terban pulang.

11. Menghidupkan hati anak-anak dengan al-Quran
“ Ummi gembira bila anak ummi berprestasi, tapi Ummi lebih gembira anak-anak Ummi soleh dan solehah.”
Sejak dalam kandungan lagi, beliau kerap membaca al-Quran dan mengelus-ngelus perutnya. Menurut beliau suami isteri, muzik sangat bagus untuk perkembangan kecerdasan tetapi tidak mempunyai pengaruh spiritual. Berbanding dengan alunan ayat al-Quran.
Setelah anaknya berumur 6-8 bulan, iaitu saat penglihatan bayi mula terang, beliau akan mengajarkan anaknya membaca huruf dan tulisan jawi.
Telah banyak yang membuktikan bahawa ayat al-Quran akan menjadikan otak anak cerdas dari segi intelek dan emosi. Kesemua 13 orang anaknya alhamdulillah, cemerlang dari segi akademik, belajar di luar negara bahkan akhlak mereka sangat baik.
Tambahan pula, sekiranya beliau melawat anaknya di asrama, antara soalan yang akan diajukan adalah, “kamu sudah hafal sampai juzuk berapa?” beliau akan menyemak bacaan anaknya sambil mengusap lembut tubuh anaknya sebagai ubat rindu.

12. Mendidik anak puasa sunat dari umur tiga tahun.
Salah satu cara beliau mendidik anak untuk berpuasa adalah dengan mengejut anak-anaknya secara lembut. Beliau akan membelai-belai sambil mencium anaknya sehingga terjaga. Beliau akan menyediakan makanan yang membangkitkan selera khas untuk suami dan anak-anak yang dicintai. Subhanallah..
Pada suatu ketika, pernah anaknya telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan (sekolah rendah) dan berjaya memasuki sekolah yang diidamkannya. Ibu Yoyoh pernah mengajak anaknya untuk makan bersama-sama, lalu anaknya membalas; “ Tidak ummi, saya puasa Daud”.

13.Mengajar Akhlak di rumah
Antara undang-undang yang beliau pegang bersama suaminya adalah diharamkan untuk penghuni rumahnya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok;
"Di rumah kami, tiada kata-kata penghakiman, hujatan, sesalan atau cemuhan diharamkan". Sekiranya anak beliau mengatakan hal-hal yang kurang baik, mereka tidak terus menghukum dan memarahi. Mereka akan menyelesaikan dahulu punca masalah kerana mereka tidak mahu panik dalam  mendidik anak-anak.

Suatu masa, anaknya mengeluh. Si Ummi berdialog dengan anaknya untuk mengajak anaknya membandingkan keadaan dirinya dengan orang lain yang kurang beruntung. Begitu Hikmah tindakannya sehingga terkesan dalam hati anaknya. Beliau sentiasa menanamkan dalam diri anaknya untk mencintai Allah dan Nabi, bukan mengidolakan ibu ayah mereka yang boleh saja membuat kesalahan.

14. Pengurusan makanan keluarga

Perkara utama yang ditekankan;  " Rahim seorang wanita harus dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang terbaik. Jadi, makanlah sesuatu makanan yang halal lagi thayyib." Beliau mengharamkan makanan yang bercampur MSG dan beliau akan masak sendiri untuk makanan bayi dengan mengisar sayur dan buah-buahan, berbanding dengan kita sekarang yang gemarkan tenusu dan nestum dari kilang.

Beliau juga telah berpesan kepada bakal menantunya ketika itu supaya menggoreng telur dengan api yang sederhana dan tidak terlalu besar. sekiranya terdapat bahagian yang hangus, beliau menegaskan dengan penuh senyuman supaya anaknya itu membuang bahagian yang hangus tersebut.

15. Mengajar anaknya melalui dialog
Beliau tidak membenarkan penggunaan televisyen di dlam rumahnya. Sekiranya anak beliau menginginkan pengguanaan televisyen, beliau dan suami akan mengarahkan anaknya membuat surat proposal yang menyatakan kepentingan televisyen dan disiplin yang mesti mereka laksanakan.

begitu juga dengan penggunaan telefon bimbit. Apabila anaknya sudah merasakan perlu menggunakannya, maka anak mereka akan menyediakan surat proposal itu juga.

16. Tidak Berkira dalam bersedekah
Ketika beliau sedang berkunjung ke suatu tempat untuk bertugas, datanglah seorang pegawai keselamatan mengangkatkan begnya. Seperti yang kita telah tahu, wanita ini adalah seorang ahli dewan negara.. oleh itu memang patutlah dilayan seperti itu, bahkan lebih dari itu. Namun, di atas sifat zuhud beliau, beliau memberikan upah kepada pengawal tersebut sebagai tanda terima kasih. Anaknya, Umar yang saat itu menemani ibunya menceritakan bahawa, saat itu ibunya punya wang 100 dolar AS (1 dolar US =1000rp) dan 10 ribu rupiah. Anaknya kagum, Ibunya telah menghulurkan wang 100 dolar AS tanpa banyak fikir. Dan pada keesokan harinya Ibu Yoyoh menerima wang pos bernilai 20 000 dolar dan sebahagian daripada wang ini beliau belikan kenderaan untuk Sekolah Pondok Ummu Habibah.

Pada suatu ketika, anaknya iaitu Asma telah menemani ibu Yoyoh untuk menunaikan umrah. Ibu Yoyoh telah membeli banyak minyak wangi untuk diberi kepada tetangga dan saudara di Indonesia. Pada suatu ketika, mereka berehat di masjidil haram dan bertemulah sepasang suami isteri tua berehat. Ibu Yoyoh menyapa si tua itu dan menghulurkan dua botol minyak wangi yang baru saja dibeli. Kemudian, Asma pulang ke hotel manakala ibunya pergi menghadiri satu upacara. Apabila pulang ke hotel, Ibu Yoyoh telah menceritakan bahawa beliau baru sahaja menerima dua botol minyak wangi yang jauh lebih berkualiti daripada minyak wangi yang diberi kepada situa tadi.

17.Prihatin kepada para janda
Beliau pernah memberikan 2 juta rp kepada pengurus dewan masjid di sebuah daerah untuk dibahagi-bahagikan kepada para janda di sekeliling masjid tersebut.

Link di bawah ini menerangkan latar belakang dan perjalanan hidup beliau yang tidak diceritakan dalam blog saya. Moga menjadi inspirasi kepada kita, walau tidak banyak.. cukuplah satu sifatnya kita teladani dan amal.. bahkan lebih elok jika kita mengamalkan kesemuanya.
http://tawanhatianakmu.blogspot.com/2011/06/meneladani-amaliyah-mujahidah.html

No comments:

Post a Comment