Wednesday, October 26, 2011

9 tahun berdoa baru Tuhan perkenankan..

Bertahun-tahun lamanya kakak ini berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Pasangan suami isteri ini dikurniakan rezeki harta yang melimpah ruah sehinggakan kedua orang tuanya ibarat berada dalam syurga.. mahu apa, bilang saja.. cash dibelikan. suami kakak ini yang merupakan ahli perniagaan.. tapi malangnya mereka belum dikurniakan zuriat hatta seorang pun, dan aku belum pernah dengar berita sebarang keguguran darinya. 

Aku sudah dengar banyak kali mereka berdua pergi umrah.. memohon dikurniakan zuriat.. tapi rezeki belum berpihak padanya. kakak itu juga sanggup membuat pembedahan kecil itu 'meneropong' keadaan dalam rahim.. operation itu sahaja pantangnya serupa dengan orang bersalin.. kasihan dan penuh simpati aku mendengar ceritanya. adiknya sudah 2 anaknya dan masing-masing sudah besar.. mereka malu untuk berjumpa dengan oranng awam kerana tidak senang dengan pertanyaan "dah berapa  anaknya?".. aku fikir bahawa kakak itu sangat beruntung kerana punyai suami yang setia dan sentiasa mengingati Tuhan.. Pada aku, tiada rezeki dan nikmat paling besar melainkan punyai pendamping yang beriman dan bertaqwa kepada tuhan-NYa. Walaupun secara lahiriyyahnya kopiah tak terlihat, janggut tak tak juga lebat.

Tahun ini, mereka berdua bercadang untuk menunaikan haji bersama-sama. Yalah, semoga rezeki mereka diberkati.. dan jika diizin tuhan, keberkatan haji itu bisa memberinya zuriat. Saat untuk menunaikan haji makin hari makin mendekat dan tibalah waktu untuk terima suntikan seperti kebiasaan para jemaah haji lakukan demi memastikan kesihatan di Makkah al-mukarramah terjamin.. Tetapi, perkara yang tak disangka.. Si isteri tidak boleh terima suntikan tersebut kerana disahkan hamil.. Subhanallah.. aku yang tak terlihat wajah kakak itu pun dapat aku bayangkan betapa syahdunya hati menerima perkhabaran itu. Namun, atas kehamilan tersebut kakak itu dilarang untuk menunaikan haji kerana dia tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.. Maka, tinggallah suaminya pergi haji sendirian. Saat dia terima berita kehamilan itu, genap sudah 9 tahun 3 bulan perkahwinannya.

Duhai adik kecil.. bertuahnya kamu.. saat kamu ingin diciptakan dibumi.. Doa untuk sembilan tahun mengiringimu.. Subhanallah.. Inikan pula, ayahmu sedang di tanah suci dan semestinya mendoakanmu lagi.. Moga hidupmu berkat di dunia dan akhirat..

Hanya perempuan yang hebat mampu terima ujian hebat. Aku sendiri belum yakin mampu hadapi ujian sebegini. Semua perempuan akan rasa tidak jadi perempuan yang sempurna jika tidak dapat melahirkan zuriat. Aku sendiri sudah tahu betapa besar dugaan jadi perempuan sebegini kerana kakak ku juga mengambil masa lebih 8 tahun baru dikurniakan zuriat.

Kakak ku sudah banyak kali keguguran.. lebih dari 5 kali.. kemudian itu, sebiji ovarinya terpaksa dibuang kerana berlaku ketumbuhan.. doktor mengesahkan bahawa hanya 50% peluang untuk hamil. kalau hamil pon cuma sekali. kalau lebih sekali pon hanya sejantina. Perempuan mana yang tak sedih dengar berita itu.. tapi apakan daya, sakit itu bukan kita yang minta.. tapi aku paling kagum dengan kakak ku.. dia sangat tabah. tak pernah mengeluh sakit.. bile tanye sakit tak.. jawabnya semua tak.. kalau ada masalah ke, senyap saja, masalah dah setle baru bagi tahu orang..

kenyataan doktor sudah cukup memeritkan.. apatah lagi bila ditambah dengan ejekan manusia yang menyatakan diri mandul.. hehe, apa dia tak pikir, kalau mandul, macam mana boleh gugur.. apatah lagi kami dari keturunan yang ramai anak. tapi kakak ku sangat sabar orangnya.. dia kecil hati kat orang pon dia tak crita kat orang lain.. 

Adiknya sudah beranak dua.. tapi dia masih belum dikurniakan hatta seorang anak. Apakah agaknya perasaannya apbila balik kampung dan suaminya sibuk mendukung anak buahnya. Ada bnyak lagi ceritanya tapi aku tak sampai hati nak cerita..

Dipendekkan crita, bapa mertuanya yang merupakan seorang tabligh mengajarkan kakak ku doa dan memintanya rajin buat solat sunat.. tiba-tiba suatu hari kakak ku keguguran lgi kerana telah menolong suaminya mengangkat batu blok untuk buat dapur dirumahku. ketika itu dia tidak tahu kehamilannya.. hehe, tapi masa tu aku budak-budak.. dalam hati aku, aku bersyukur sebab tika itu aku pikir.. orang yang gugur selalunya dia akan cepat mengandung lagi lepas tu.. tapi betul lah.. tak lama lepas tu dia mengandung..

bukan sorang, tapi empat orang.. bukan lelaki je tetapi ade sorng anak dara.. hehe.. Alahmdulillah.. anak2nya dengar kata.. tak macam saya dulu.. tak menyusahkan orang tuanya.. yang peliknya.. semua anaknya tak pandai minum susu lembu kecuali adam, yg bongsu terpaksa diberi susu botol kerana masa dia lahir, kakak ku koma di hospital kearana tumpah darah yang dahsyat. yang lebih kelakar, anak-anaknya tak boleh pakai pampers mahal.. nanti meruam.. alhamdulillah, kecik-kecik solatnya dijaga, puasa cukup.. main kat laman pun tudungnya tak hilang.. kalah mak ciknya..

mungkin doanya bertahun-tahun sudah cukup untuk menghiasi akhlak zuriat-zuriat mereka...


NAmun.. hebatkah kita untuk terima ujian sebesar itu? Sabar yg senang dilafaz.. tapi hanya yang kuat iman boleh sempurnakan sabar itu..

No comments:

Post a Comment