pernah satu ketika, saya punya angan2 untuk menghasilkan satu website untuk anak2 muridku belajar matematik sendiri. sebab tu juga, blogger ini dihasilkan.. tetap buntu dan akhirnya blog sy ni jd tempat mengadu.. hehe.
angan2ku mahu bina website mcm ni, http://mathed.utm.my/duniamatematik/. Cubalah tengok, best kan? sarat dengan ilmu dan aplikasi ilmu itu dlm kehidupan seharian. Pada mulanya, niat nak buat web site sebegitu adlh untuk menghapuskan amalan sekularisme dlm pendidikan. Adalah mustahil untuk mengaitkan setiap sub-topik pengajaran dengan ukhrawi kerana kekangan masa yang singkat dan silibus yang banyak. kalau tak banyak pun, pengajaran tidak boleh terlalu laju kerana keupayaan pelajar tidak sama dgn saya. Saya mahu selitkan falsafah matematik yang berkaitan dengan Keagungan tuhan dan Rahman-Nya.
kebetulan, tajuk tesis ku adalah "Perbandingan Pembelajaran Matematik Berasaskan Laman Web dan Tuisyen:pada pandangan guru". Tajuk ni lecturer bagi setelah aku buntu tak jumpe tajuk (jumpe, tapi mcm susah @ merepek kot). Alhamdulillah, aku terima walaupun agak berat kerana instrumentku adalah guru..
hari ini aku memulakan pengumpulan bahan untuk kajian literature dengan penuh kesungguhan dan tekun.. FB kene log out tu.. hehe. dan akhirnya aku terjumpe satu research dari UTM yang bertajuk PEMBANGUNAN RUANGAN PEMBELAJARAN BERKESAN DAN PENAKSIRAN DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’ . Ia lebih kurang sama dengan apa yang saya cari. Syukur pada tuhan kerana menggerakkan hati untuk membaca artikel ini walaupun Pandangan pertamaku pada artikel ini " ape ni? pelik je tajuk". disamping dapat sumber literature reniew, dpt idea mcm mane nak buat website tu.
Saya fikir, untuk hasilkan lman web seperti Dunia Matematik itu, saya perlu ambil kursus sains perkomputeran.tapi saya hanya ada basic C++ shj dan tak mungkin uttuk sya boleh buat laman web sebegitu. kini, tidak lagi dengan adanya MOODLE. Kalau kita nak publis penulisan, kita ada blogspot.com. kalau kita nak buat website yang lebih complicated macam Dunia Matematik itu, yg ade banyak tab, yang kene marking esaiment @ kuiz, Moodle lah pembantunya. saya tak habis explore lg, sebab terlalu teruja, cheq mahu habaq kat kat hang pa la ni jugak. hehe.. Moodle memang untuk guru2.
Slamat berjihad kawan2.. doakan saya berjaya!
No comments:
Post a Comment