Sunday, December 5, 2010

hebatnya " kasih sayang"

Erm.. malam tadi aku terbaca kisah seorang adik kene simbah asid dengan bapa sendiri dalam harian metro..
Sebelum itu.. aku terbaca kisah sahabatku.. mengenang jasa ibu dan ayah sebagai anak yg menghargai jasa orang tuanya.. syukur, sahabatku dilahirkan dalam keluarga yg penuh mawaddah dan rahmah.. ibu bapanya celik agama dan tahu apa itu "DERHAKA".. bukan shj derhaka si anak terhadap mak bapak.. tetapi derhaka mereka terhadap anak..

Pagi2 begini.. Alhamdulillah, aku diberi ilham.. Allah menyedarkan aku akan pentingnya sebuah kasih syg..
aku bukan ahli psikology yg ingin mengeluarkan pendapat dengan berteraskan teori2 barat.. cuma berdasarkan pengalaman diri dan pemerhatian orng yg rapat denganku..

Hehe, nak x nak.. aku terpaksa mengeluarkan satu teori utk menguatkan lagi hujah dan rentetan cerita yg ingin aku sampaikan sekejap lagi..
Ahli psikologi, atau bahasa mudahnye motivator pernah memberi satu kesimpulan mudah..
katanya, kita amat mudah untuk melihat cara didikan ibu bapa terhadap seorng anak itu..
Lihat sahaj reaksi wajah dan keyakinan diri yang ada pada diri budak itu..

berdasarkan pengalaman dan pemerhatianku..

aku punya beberapa orng kenalan rapat..
yg seorng ni, dia sangat suka menceritakan kisah-kisah dia sewaktu kecil..
berlakon di atas pentas, masuk debat..
dan mcm2 cerita la...
dia sangat bijak berkomunikasi..
pantang dia terbaca sesuatu, mesti dia mai habaq kat cek.. dari A-Z..

yang sorang ni.. haha, dia memang pandai bikin ayat manis..
org nk pi interview, kalau mintak dia bikin ayat, insyaallah.. dapatlah kerja yg dia mintak tu.. haha.. tibe2 rindu kat budak penang sorg tu..
mulutnya riuh kalau dalam kelas.. hehe, kalau dia musykil @ tak paham2 dalam kelas, dia pi komen/ merungut dengan nada lawak die.. spontan depan lecturer.. lecturer bengis pon boleh ketawa..

yang sorang lagi ni.. dia pandai menyanyi.. boleh menyanyi dengan penuh konfident depan khalayak ramai..
padai berdebat, boleh jadi MC.. boleh berteater.. & mcm2 lagi yg mungkin sy x tahu.. sebab sy x begitu kenal dia.. asal ada pertandingan, rajin die sertai..
pergaulan mereka bersama ibu bapa seperti sahabat. bergurau senda, berbual seperti berbual dengan rakan-rakan. semua benda hendak dicerita… semestinya, dari kecil mereka sudah terbiasa untuk bercerita dan mengadu semua yang berlaku pada diri dia atau sekelilingnya.
Namun, tidak semua anak beruntung seperti itu.. ada anak yg selalu mendapat maki hamun ibu @ bapanya.. sehinggakan dia tidak tahu manakah perbuatan yang betul dan salah pada asalnya.. pada pemikirannya, semua yang dibuatnya salah.. nak bergurau senda bersama adik beradik pon salah. “bising je la ko ni!” herdik si bapa.. si anak membisu, takut bersuara.. diam, diam dan diam.. sedangkan, kanak2 mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.. tapi, jika perkara yang betul pon jadi salah, inikan pula jika anak2 menanyakan itu dan ini. lagi satu, aku teringat kata2 lecturer falsafah ketika belajar di UiTM.. org melayu suka mematikan sikap ingin tahu kanak-kanak. jika ditanya itu dan ini, jawabnya “ko budak kecik lagi.. nanti dah besar ko tahu la..” ataupun jawab si dewasa.”entah..” sepatutnya.. “ooo, ayah pon x tahu.. jom kita cari sama2” hehe, tetapi hati aku terdetik,”susah tu prof nk melayan bnyk2, hehe”..
si anak tidak berani megadu apa2.. jika ada masalah, diamkan sahaja.. inikan pula nak bercerita itu dan ini dengan ibu bapa.. apa yang difikirkannya, aku perlu buat apa yang disuruh, jgn buat apa2 selagi x dapat arahan.. dihantar ke sekolah rendah jam 6 pagi pon, ikut sahaja tanpa membantah.. walaupun hati takut dengan suasana gelap, hati merelakannya… anak-anak senyap dihadapan orang tua bukan kerana hormat, tapi takut kalau kene marah.. nak suruh bapak singgah kedai untuk beli buku pon takut.. aku pon kadang-kadang pening, kenapa sukar sangat seorng bapa itu untuk senyum dan bergurau senda dengan anak-anak. erm, masakan tidak.. ada bapa yang tidak pernah mendukung anaknya..
silap sikit, keluarlah perkataan “bodoh!”, “bengap!”.. ada juga yang dipijak-pijak bapa sendiri, kerana dapat nombor terakhir.. dipijak? erm, x sakit mana.. lagi sakit kene lempang.. tapi, walau jahil atau “bengapnya” anak dia, anaknya masih mampu berfikir dan dapat merasakan diri dia seperti binatang… bagaikan manusia yang terlalu hina.. dia malu dengan teman-teman.. dapat nombor terakhir bagai melakukan suatu yang amat hina.. dia diam sendiri.. tiada siap pon yang tahu dia dipijak-pijak.. dia x pandai mengadu, sebab mengadu itu dianggap salah kalau dia buat..
anak-anak yg selalu diherdik dan dipukul ini.. dalam fikiran mereka hanya satu.. “KESEMPURNAAN”.. manakan tidak, silap sikit kene marah, belasah, maki dan mcm2.. kesalahan dan cacat amat-amat ditakutinya. disebabkan dia takut gagal, dia tidak berani mencuba sesuatu yang baru..
disebabkan dia suka menyepi, tidak diberi galakan untuk bercerita dengan ibu bapa.. dia tiada pengalaman bersuara dalam satu kumpulan(ahli keluarga sendiri).. bila dah besar, dia tidak yakin untuk bercakap di hadapan org ramai.. dia rimas jika orang memberikan perhatian kepadanya, sebab dia tak biasa.. malu..sampaikan, ada seorang ni.. dia x yakin utk bercinta.. dalam fikirannya.. mampukah aku menjadi yang terbaik kepada psgannya? layak ke aku untuk diambil berat? paras wajahku tidak sesempurna mana.. sedangkan, org kalau nk cari psgn mesti yg mantap! tapi aku, apa yg aku ada?
“pergilah kalau awk nk keluar dengan perempuan mana2.. kesian kamu sunyi..”
dia tiada keyakinan untuk bercinta.. dia x yakin untuk menggembirakan psgnnya .. aku ni x pandai nk mempamerkan perasaan.. suke/ marah/ syg @ benci semua sama.. muke x de persaan.. dia akan meranakan org.. dia membiarkan org tu pergi, asalkan org tu gembira.. dia sudah terbiasa, menggembira @ menenagkan hati org perlu diutamakan daripada diri dia sendiri.. yalahkan, nk buat sesuatu pon kene utamkan perasaan org yg digeruni, jd ia mcm tabiat dr kecil..
tetapi, setiap sesuatu ada baik dan buruknya.. pengalamannya menjadikan dia seorng yang pemikir, matang.. manakan tidak, setiap benda yang dia nak buat dia perlu fikir.. ”kalau aku buat ni, aku kene marah x?”..
andai yang ditakut itu Allah.. alangkah mulianya dia.. setiap ap yg nak dibuat difikirnya.. Allah suka x kalau aku buat mcm ni? Allah marah x? tapi sukar nak pupuk diri bersikap mcm ni.. tapi, dengan sabar, ikhlas dan diiringi dengan doa, yakinlah,, itu semua sangat mudah..
tapi, bagaimanapun .. kita tidak boleh menyalahkan sesorang.. jgn dijadikan alasan atau penyekat kepada diri kita.. memang sukar untuk buang tabiat diri.. tapi yakinlah dengan Allah.. sikap2 negative seperti ketakutan itu, jadikan kepada pandangan positif.. takut Allah.. kita sudah dewasa.. semestinya bijak berfikir..
jangan disalahkan orang tua kita jika kita ditakdirkan peroleh ayah dan ibu begitu.. kerana mungkin mereka punyai kisah silam yang lebih dahsyat dari kita..
aku teringat pada seorang sahabat.. dia berkata, ayahnya merupakan cucu kesayangan moyang dia.. cucu kesayangan? erm.. semestinya kasih sayang melimpah ruah ruah dalam diri bapanya.. sebab itu sahabatku tidak pernah dididik dengan keganasan… aku sangt kagum dengan pekerti shbtku.. walau bergelar lelaki, dirinya penuh dengan kesopanan, tutur kata yang beradab dan penuh ramah.. walaupun sehebat mana diri dia, sopannya terjaga.. Alhamdulillah..
berbanding dengan seorang yang dimarahi bapanya selalu seperti yg diceritakan tadi.. bapanya merupakan anak yang paling dibenci neneknya.. bayangkan jika hidup selalu dimaki, diherdik dibelasah.. wajah ibu yang selalu bengis, tanpa senyuman.. apakan lagi gurauan atau pertanyaan khabar berita.. interaksi antara emak dan abahnya juga hambar.. asik nk bertegang leher sahaja.. si anak pernah Tanya lembut kepada ibunya.. “emak.. mak tahukan hukum buat mcm tu kat abah?”.. ibunya menjawab.. “tahu.. tapi nenek dulu buat atuk macam tu.. lagi pun, mak dah banyak kecik hati ngan abah..”
lihatlah.. betapa besar erti sebuah kasih sayang.. jgnlah kita berlaku zalim dengan orng.. ia akan menjadikan seseorng itu pendendam.. jgnlah memusnahkan keturunan dia.. berapa ramai ank2 memberontak, berzina, lari dari rumah.. kerana hilang kasih sayang dari rumah..
seorang guru.. perlu prihatin dengan anak muridnya.. wajah anak murid yang sudah hilang ceria sentiasa perlu didekati kerana disebalik wajah sedih itu ada seribu cerita.. lebih2 lg bapa sekarang berani makn “anak” sendiri..

No comments:

Post a Comment