Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda;
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilih atau dapatkan wanita yang beragama, kalian akan bahagia dan beruntung"
Dalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w memulai dengan menyebut tiga kriteria yang mengikuti kecenderungan atau naluri setiap orang, iaitu kekayaan, keturunan dan kecantikan. Kemudian, beliau telah mengakhirinya dengan satu kriteria utama yang tidak boleh dipermainkan lagi iaitu agama.
Professor Hamka telah megumpamakan kekayaan, keturunan dan kecantikan dengan bernombor kosong manakala agama dengan nombor satu. Nombor kosong berapa banyaknya pun tidak akan bermakna tanpa nombor 1. Sebaliknya, sekalipun tidak bernombor kosong, nombor satu tetap bernilai.
Contohnya kita mendapat calon pasangan yang beragama dan kaya, nilainya10, kita mendapat yang beragama, kaya dan berketurunan yang baik nilainya 100 manakala sekiranya kita mendapat yang beragama, kaya, berketurunan yang baik dan cantik maka nilainya 1000.
Jika ada nombor 1, nombor kosong dibelakangnya menjadi begitu berharga. Namun, tanpa nombor satu, semua nombor kosong berapa pun jumlahnya tidak ada nilainya. Inilah yang dinamakan dengan teori seribu oleh Professor Hamka..
Sumber: Ya Allah, kekalkan kemesraan ini selamanya
Penulis: Khairol Amru
Renung-renungkan.. dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment