hihiiii... saya malu (sambil geleng2 kepale).. jgn gelak ea sy crite bab ni.. ini sebenarnye dpt ilham setelah borak2 ngan kawan khamis lepas (11/2).. sebab teruja ngan pernyataan akak tu.. sy sangka akak tu memang nk hidup bekerjaya, ttpi dia bg jawapan 'TIDAK" apblia sya bertanya terkilan ke tidak bile belajar penat2, ttpi x kerja.. jadi suri rumah.. sya ape lagi, nk search intenet cr pengalaman org..
....................................................................................................................................................................
Subhanallah, subhanallah, subhanallah...
Aku membaca satu blog seorang suri rumah sepenuh masa..
sebelum tu, benda yang saya nak cakp: jadi suri rumah ni.. waduh, sagt gawat.. nak duduk pon tak sempat. ada satu kisah seorang cikgu ni, bile cuti sekolah je, confirm die kene jadi suri rumah la kan.. die ckp memang memenatkan mengalahkan seorang cikgu.. memang x sempat nk letak punggung.. dari pagi sampai ke malam ada sahaja benda perlu dibuatnya. bile nk duduk ataupun baring, ade la budak2 yg nak menyusu, nak makan kalu x pon main lompat2 atas badan mak die..
Ya Allah, memang betul la kan. tak menang tangan.. aku terfikir, Ibukah aku klu aku x rase lelah seperti ini?
kdg2 terfikir.. apa niat utama aku jadi Cikgu? mungkin kerana tren sekarang yang mana perempuan sekarang tidak terperap kat rumah. dan mungkin aku terpengaruh dgn pandangan wanita bekerjaya 'itu' yg menyatakan duduk rumah membuatkan otak tak berkembang. mungkin juga sy perlu bekerja sebab sy dah habis banyak duit untuk belajar kat U.. ya, tepat! itu salah satu alasanku.. sy perlu perbetulkan niat KENAPA JADI CIKGU?
perlu ada yang jelas.. kerana ada yang lebih berhak menanti kudrat n diri sy yg serba kurang ini..
hehe, sebenarnya sy yang pi search intenet untuk cr pengalaman org yg jd suri rumah.. hehe, semua gara2 perbualan yg hampir satu jam (mungkin lebih) di libry tadi bersama ngan rakan (kakak yg berumur 26 tahun)..
bermula dengan perbincangan akan hal 'head fake', pergi ke 'content silibus' yg digubal n sampai ke hal ini.. hehe, panjang kami borak tadi.. mcm2 ada. tapi rasenye lecture method kot yg akak tu gune, sy pasang telinga je..
dalam perbincangan itu.. aku bertanya, "kak, akak menyesal tak kalu akak belajar penat2, tapi akak jadi suri rumah?" cepat die jawab "x!"
hehe, agak2 kenpe la agaknya akak tu cakap mcm tu?
sebabnya, kita belajar bukan sebab nk kerja, kerja itu sebenarnya hal nombor dua.. sebenarnya pembelajaran di universiti/ kat kolej dsb sebenarnya lebih kepada pembentukan pemikiran.. hidup belajar di universiti mengajar kita berfikir untuk menghadapi maslah yang wujud dalam hidup. ia adalah lebih kepada membuat persiapan untuk menghadapi masalah kehidupan seharian.. insyaallah, panjang aqalnya.. hidup yang dilimpahi esaiment juga mengajar diri untuk membuat jadual harian yang berdisplin n mengatur strategi supaya semua product yang dihasilkan bermutu..
bebanan esaiment juga membantu diri menjadi yakin untuk membuat keputusan.. manakn tidak, selalunya esaimen yang diberi oleh pensyarah adalah sesuatu yang kita belum ketahui.. kita diarah untuk menyelidiki perkara tersebut dan dengan yakinnya kita akan mengutarakan pendapat hasil dari pemahaman.. dari esaiment lah, ia mendidik akal untuk berfikir bercabang-cabang, melihat dari pelbagai aspek sebelum penulisan dimulakan dan memikirkan manfaat dari penulisannya.
wah, klu org yg ade kemahiran dan bakat2 tu lagi la hebat kn die org.. Alhamdulillah rezeki die org..
sebenarnya, klu bekerja, content yg kita belajar sebenarnya hanya berapa persen digunakan sms bekerja.. sellunya kalu bekerja, seseorg akn belajar ilmu baru yg tak pernah die belajar sms di IPT.. org bahsa pon boleh jadi staf yg disegani di bank.. orang sains pon boleh jadi ustaz n motivator mahupun ahli politik.. pembelajaran di IPT akan mengajar minda untuk memperkembangkan cara pemikiran masing2. mcm esaiment, kita akan diberi esaiment untuk mengkaji perkara yang kita tidak tahu. kita akan mengkaji sehingga rambut berguguran. kalau budak sains, dia akan menyelesaikan masalah mereka dengan mencari logik dan sebab sesuatu fenomena itu terjadi. bagi peljar sastera, mereka akan menyelesaikan masalah berdasarkan pengalaman lampau (sejarah) dan fakta fakta lalu..
tambahnya lagi, kakak tu berpesan bahwa ' kalau musuh serang kita menggunakan fizikal, kita perlu lawan dengan fizikal.. kalu musuh serang menggunakan minda, kita perlu pertahankan diri dengan minda. jadi kalau saya jadi suri rumah, insyaallah saya tidak terlalu risau dgn anak-anak.. sebab cabaran budak-budak sekarang sngt mencabar.. cabaran yang datang sangat 'halus', yang sukar untuk kita kenalpasti dan awasi, lebih teruk dari dulu." lebih kurang beginilah intipatinya..
manakan tidak, Barat mengamalkan teknik 'mind fake'.. sebagai contoh; Barat nak menghancurkan umat islam, tapi die tidak berperang dengan senjata.. mereka tahu orang islam akan hebat jika mengamalkan al-quran.. jadi, org islam perlu dijauhkan dengan al-Quran.. justeru, mereka perlu kotor kan hati umat islam dengan nikmat dunia.
saya teringat kata2 ustaz; 4 -an yg menjadi sasaran barat untuk menghancurkan umat islam. anatarnya adalah sukAN, hiburAN, makanAN dan pakaiAN. betapa kreatifnya jalan mereka untuk menghancurkan kita.. seperti mana sukarnya ulama untuk menetapkan hukum seperti itulah peningnya kita untuk mengenalpasti keburukan disebalik muslihat jahat mereka.
Justeru, insan bernama anak amat memerlukan pengawasan org dewasa kerana kehidupan seharian mereka semestinya terdedah dengan perkara tersebut.. sudah semestinya si anak kecil akan makan bukan? dan andai setiap kali saat untuk makan dididik dengan adab sms makan n pemilihan mknan yang betul, insyaallah ia akan jadi satu tabiat yang baik.. dicampak ke mna pon, insyaallah die tahu apa yang baik n buruknya n kenapa doa itu mesti dimulakan..tapi, saat mknnya selalu ditemani oleh si penjaga.. penjaga yang barangkali ikhlas menjaga kerana wang.. saatnya memakai baju pon, ditemani si penjaga yang barangkali sayangnya dia kat budak itu kerana wang ibu bapnaya.. di situ tiada kata-kata nasihat dan tiada suara peringatan yg didengar tika makanan di suap ke dalam mulut.. pakaian disarung ke tubuh. lagu yang di dengar oleh anak telinga.
bukan bermaksud untuk membebel dan mengarahnya 'berselubung' memanjang.. yang penting dia tahu n buat apa yang Tuhan suruh.. cemburuku melangit melihat pengalaman orang yang puas hati melihat
dirinya berjaya membesarkan anaknya n jagalah apa yng kene jaga.. seperti mana kakak iparku cemburu apabila anaknya hanya pandai memanggil 'ibu' (ibu jagaannya) dan tidak pernah menyebut 'mama' sekalipun..
kain diampaian pun jadi satu kisah yang berat.. suke saya dengar crite akak dlm blog ni.. aduh, sape yang x sedih.. basuh penat2, dah nk kering, kene pulak hujan buatan dr rumah atas..( hehe, pengalaman sama seperti saya..) tapi sekurag2nya, dia ada ilmu.. ilmu yang dpt mengawal tingkahnya.. itu satu hal yg sgt kecil, tapi kesannya sgt besar.. jika hamburan kasar disampaikan, sedialah utk terima hamburan itu semula.. tauladan diperlukan di mana-mana n kapan saja.. apa-apapun, lakukan yg mampu, kemudian serah kpd Allah.. mohon Allah menjaga mereka..
hehe, jadi sy x mau keje la? hehe.. tidak semestinya.. andai kita mampu atur strategi n mohon kpd Ilahi.. insyaallah.. apa yg kita nak pupuk ke dalam diri anak kecil itu insyaallah kita akan sampaikan juga kpd anak2 org lain.. masya Allah.. lagi besar manfaaatnya.. Insyaallah, dengan yakin dan pasti, semuanya berjaya jika niat ikhlas kerana Allah.. anak2 menjadi hebat, masyarakat hidup berkat.. malah, jika anda punya upaya untuk mendidik masyarakat.. ambil lah peluang untuk disebarkan sebelum org lain curi peluang untuk menyonsangkan hati mereka jauh dr tuhan..
buah tangan untuk kalian.. sgt best, insyaallah.. Nilai seorang suri rumah
sekian..
salam rindu buat anak-anak buahku yang semakin membesar.. moga kalian hidup dalam syariat Allah..
No comments:
Post a Comment