'Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan penggantian antara malam dan siang ada pelbagai tanda bagi orang yang berfikir.'
Sebaik sahaja penurunan ayat tersebut, Rasulullah s.a.w duduk beribadah di malam hari sehingga ke subuh sambil menangis. Kemudian datanglah Bilal bin Rabah untuk mengalunkan azan dan sebaik saja beliau ternampak Rasulullah s.a.w, beliau menegur Rasulullah s.a.w;
"Ya Rasulullah, kenapa dikau menangis? Padahal Allah telah mengampuni segala dosamu yang telah lalu mahupun dosa yang akan datang?"
Baginda Rasulullah s.a.w menjawab:
"Wahai bilal, masakan daku tidak menangis sedangkan malam tadi Allah s.w.t menurunkan ayat ini (seperti di atas). Seterusnya baginda s.a.w memberi peringatan: "Sungguh CELAKA orang yang membaca ayat ini, tetapi tidak berfikir untuk mesejnya!"
(Tafsir al-Azim Ibn Kathir)
Betapa celakanya kita kalau melihat semua ciptaan tuhan dengan pandangan kosong. Celaka bagi orang yang tidak melihat alam dengan mata hati. Dan kecelakaan inilah yang menimpa kita, umat islam akhir zaman.
Astaghfirullah al-'aziim..
PANDANGAN TERHADAP ALAM TERBAHAGI KEPAD 4;
1) Pandangan zahir semata-mata
-Mereka terlindung dari "melihat" sesuatu dengan lebih hakiki.
Mungkin hanya bisa tuturkan "cantik, indah" sahaja.
Golongan ini ditempelak oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan daripada jin
dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya.
Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai."
(Surah al-A'raf 7:179)
2) Pandangan nafsu
Golongan ini melihat alam dengan penuh kegelojohan dan keserakahan hawa nafsu.
Andai akal melihat alam akan menghasilkan ilmu, tetapi, jika nafsu melihat alam, terhasil lah dosa.
contohnya; jika saintis pergi ke hutan untuk mengkaji flora dan fauna sehingga terhasil lah ilmu dan kajian, sebaliknya para pendosa datang ke hutan dengan
tujuan melakukan maksiat seperti berkhalwat, berzina, mencuri hasil hutan, meratakan gunung dan pelbagai kemungkaran.
Golongan "haiwan berteknologi" ini leka dan bermaharajalela merosakkan alam dan melakukan kejahatan di atas muka bumi tuhan.
Apabila hukum dilanggar, maka berlakulah seperti yang ditegaskan Allah dalam surah Al-Rum ayat 41 yang bermaksud:
"Telah timbul pelabagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telahlakukan, supaya mereka kembali (insaf dan taubat).
Maka terhasil lah pelbagai bencana tuhan di atas muka bumi ini. Tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, demam denggi dan pelbagai lagi
3)Pandangan akal
Seandainya sesorang berfikir menggunakan akal, maka tercungkillah banyak ilmu disebalik kejadiannya.
melihat alam dengan pandangan akal inilah asas segala ilmu aqliah seperti sains, matematik, astronomi, kimia,
biologi malah ratusan cabang ilmu lagi dalam kehidupan manusia. Dari alam, seorang motivator boleh mendapat pengajran dan terhasillah kata-kata hikamhnya.
dari alam juga nenek moyang bisa menghasilkan perumpamaan dan peribahasa.. dari alam, pecinta bahasa bisa menghasilkan sajak nan puitis.
dari alam, sang komposer bisa bikin sebuah lagu..
Oleh itu, menjadi seorang muslim secara automatik menjadi seorang "saintis" yang peka terhadap alam.
Dunia amat berhutang budi kepada Islam kerana cendekiawan islam lah yang telah mneymarakkan budaya ilmu dan tamadun di dunia moden masa kini.
Hasil daripada melihat alam dengan akal fikiran inilah berkembangnya kemajuan sains & teknologi.
4)Pandangan mata hati
Golongan yang memandang dengan pandangan mata hati inilah golongan yang paling sedikit.
Pandangan mereka lebih tepat dan hakiki. Mereka adalah orang yang paling hebat.
Melihat dengan mata ketiga ini adalah "menyelami" persolan yang lebih mendalam dan mendasar.
Kenapa alam diciptakan? Siapa yang menciptanya? Apakah tujuan Dia menciptakannya?
Kelebihan orang yang memandang dengan mata ketiga ini adalah mereka dapat nikmat kemanisan iman
(keyakinan kepada Allah dan hari akhirat). Hasil daripada rengungan dan kajiannya tentang alam menjadikan mereka smakin hampir dengan Allah.
Firman Allah dalam surah al-imran ayat 190-191 yang bermaksud:
'Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan penggantian antara malam dan siang
ada pelbagai tanda bagi orang yang berfikir, iaitu orang-orang yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan berbaring serta berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."
Sejauh manakah kita berfikir ciptaan tuhan sehinggakan kita terlihat suatu benda itu tidak sia-sia.
pernahkah kita terfikir, kenapa Allah ciptakan lalat sedangkan ia hanya hinggap pada najis dan kotoran. pentingkah untuk suatu najis atau kotoran itu dihinggapi lalat?
Ya Allah, subhanallah.. tidak terhitung ciptaan Allah..
Suatu benda yang kita terlihat di hadapan mata pun kita x terlihat lagi falsafah kejadiannya, inikan pula segala nikmat tuhan yang kita sendiri tidak terhitung..
Subhanallah..
keajaiban dunia semut
No comments:
Post a Comment