Hari itu..pagi2 lepas subuh aku trus buka buku.. awal aku subuh pd hr tu.. azan berkumandang, aku terus jaga.. Alhamdulillah, bilik ku bertentangan dengan surau.. tiada penghalang untuk aku dengar azan berkumandang dengan jelas.. khutbah jumaat pon aku boleh dengar terus dari bilik.. aku study dengan sungguh2 sebab aku mula ketakutan, esok exam! tapi akibat terlalu banyak delay waktu.. benda sikit jadi banyak..
aku study, study dan study... aku amat lambat time study espcially math.. erm, apa2 subjek la, sume lambat.. aku perlu meneliti setiap perkataan kat buku kalau hendak memahamkan sesuatu.. kalau tertinggal satu perenggan jangan harap nak faham.. susah! sebab persoalan di benak fikiranku akan tergantung dan membuatkan aku bosan.. bosan mengingati sesuatu yg x paham.. berbeza dengan adik ku.. die jenis belajar pakai telinga. dia terus tangkap apa yg lecturer ajar, tp jgn harap dia nak paham walau berjam2 baca buku.
sebab tu die akan marah kawan die jalu dikacau dalam kelas.. berbanding aku, aku suka kacau org dalam kelas.. (dulu2 la, sampai kene marah ngan kwn.. "ko ni membebel je la") hehe
ok, teruskan cerita.. pnat study, pi la mkn tgh hari.. dah makan, solat n waktu kritikal pon sampai.. hobi aku time mengahtuk, TIDUR!.
aku pon masuk bilik dengan penuh semngat.. wah, sedapnya katilku.. empuk! ambik bantal busuk, tutup muka.. TIDUr... zzzz
tiba2.. ~namun ku tahu.. ada hikmahnya, setiap segala yg menimpa diri..(pasrah segalanya, dehearty )~ ensetku menjeritkan lagu yg dah jemu didengar..
butang hijau ditekan.. tibe2 1 suara mengeluarkan kata.." aisyah, soalan esaiment hari itu ko ada potostat ka?"
aku jawab "x da kot.. nanti kalau ada aku mesej ko"
coursemate ku balas"aku mahu lihat esaiment ko.. mahu lihat jalan kerjanya.."
aku bals.."oo. ok!.. tengok lah kalau ada" enset dimatikan terus.. cari punye cari, ada.. "alhamdulillah.. tapi betul ka esaiment yg aku buat? aku ni, buat esaiment sekadar hantar " batinku menyoal..
erm.. aku x kan bagi selagi aku x yakin dgn apa yg aku nak beri.. aku minta izin kat dia untuk menunggu seketika, smentara aku berusaha memberi contoh baru beserta nota yg diyakini.. dia setuju saja sebab dia mahu tidur..
batinku menjerit.."x aci, aku nak tidur jugak.. wuaa"..
melangkah lemah ke meja ruang tamu.. buka buku..
alhamdulillah, section one aku paham.. buat nota sikit bersama explaination.. tinggal satu lagi bahagian kritikal.. tidur dulu!
bangun je dr tidur, mandi utk menyegarkan badan.. itulah rutin harianku.. lepas zohor aku akan tidur..bila bangun,aku mandi n tuggu asar..amat x selesa kalau solat dengn badan melekit.
sampai saja waktu utk meneruskan "pembayaran hutang" coursemate ku.. rakanku datang menanyakan satu soalan, "bagaimana dia dapat jawapan mcm ni?".. dalam hatiku, "waduh, gawat ni.. sudah jam berapa ini.. bila aku mau bg "esaiment" pak cik ni.. siap pon x, study pon x lagi.."
"tak pe.. insyaallah Allah akan bantu aku,," aku memujuk hati..
aku pon mengalihkan buku dan menyelesaikan masalah rakanku tadi.. tenung punya tenung, pikir punya pikir.. alhamdulillah.. selesai.. sambung buat "esaiment" tadi..
"mcm mana aku nk start buat note biar die paham ye? susah jugak nk mengajar org." disebabkan berlainan jantina, aku lebih selesa membuat nota untuknya..
"erm.. knapa aku x buat semula soalan yg kawan aku tanya tadi eak? aku buat stepnya mcm mana sepatutnya aku jawab dalam exam pakai pen biru.. n then aku explain pakai pen merah" aku tahu, pasti dia akan tertanya2 "kenapa dr mcm ni jadi macam ni".. jadi, aku kene cari setiap sebab apa yg aku buat.. wah, sngt lambat nak siap satu soalan.. sngat ber'seni' nota yg aku buat.. "nasib ko la mcm mana ko nak baca".. hihi, aku ketawakan rakanku dalam hati.. otak ku terasa sgt penat dek kerana satu soalan tu.. sehinggakan kawan ketiga datang bertanya, aku hanya memandang kosong soalan yg ditunjuk.. dia nak apa pon aku x tahu.. kesian dia... aku surrender.
alhamdulillah, lepas maghrib baru siap.. kebetulan rakan ku nak pulang ke rumah dia, aku ajak menemaninya menghantar nota.. akhirnya selesai hutang ku..
esok time exam.. berdebar jugak sebab x banyak buat soalan.. tapi bila bukak kertas soalan.. "ALhamdulillah.." ucapku.. soalan sebijik sama dengan apa yg aku dok pening buat nota malam tadi.. pulaknye tu paling besar markahnya, 40 markah!.. aku melihat rakan-rakanku yg terlibat semalam dengan penuh syahdu dan syukur.. coursemate yg telepon tu pon, cepat saja keluar bilik exam sebab dah selesai..
selang sehari selepas itu, dia mesege utk ucap terima kasih sebagai tanda seorg rakan yg mengenag budi..
aku menjawab.. "itu semua berkat ko menghabiskan minyak motor semata-mata nak bagi jawapan example pada ****" sebelum itu, dia telah menawarkan diri utk menghantar jawapn kepada exercise yg ada dalam nota.. sedangkan rakan itu tidak memintanya, bahkan tidak mengetahui yg kami (budak kz)ada benda itu.. atas rasa tanggungjawab dia, dan sama2 ingin menuntut ilmu dia pergi semata-mata beri kertas tu.. sedangkan setiap duitnya besar nilainya pada diri dia.. sudah bertahun dia x balik negeri asal semata-mata bekerja untuk mencari wang..
Serupa pengalaman di matrikulasi.. pagi2 tu paper mate 1. seusai habis periksa, petang tu math 2 pulak.. tapi selepas math 1 aku kepenatan perah otak, rasa mahu tidur yg amat2 sgt.. baru enak meletakkn kepala.. tiba2 pintu diketuk, rakan mencari aku.. satu soalan ditanya.. sebaik shj soalan ditunjukkan padaku, aku terus menjawab, "mak ai, payah ni nak buktikan.. panjang jalan kira dia.. aku x bace habis pon contoh seakan2 mcm ni sebab panjang." biasalah, math ni asyik kene bikin rumus atau kembangkan rumus sampai jadi benda lain.. tapi aku cuba membantu.. sama2 belajar dalam ngantuk.. alhamdulillah, Allah beri rezeki kefahaman yg cepat.. aku ajar satu persatu.. beres.
bila exam tiba.. subhanallah.. soalan serupa yg ditanya rakanku beberapa ratus minit yg lalu.. sah2 aku masih ingat jawapan dan jalan kerja..
aku bukan membangga diri atas penulisan ini.. cumanya aku ingin berkongsi pengalaman.. aku juga ingin menyedarkanku bahawa setiap kejayaan bukan bergantung pada usaha kita secara mutlak. ia bergantung atas pertolongan Allah.. salah satu cara untuk mendapatkan pertolongan Allah adalah menolong dan menggembirakan orang lain.
aku pernah.. mementingkan diri sendiri.. kemalasan aku untuk menjadi prihatin atas kelemahan rakan.. soalannya aku tidak ambil peduli.. tidak ikhtiar dalam membantu rakan.. akhirnya, soalan yg keluar hampir serupa dengan apa yg ditanya rakan.. memandang kosong soalan, satu perkataan pun x mampu ditulis.. lost!
apa cukup belajar bagai nak rak andai suruhan Allah diabaikan? jgn beranggapan dengan usahamu sendiri kamu bisa dapat pngs 4.00.. andai kamu dpat 4.00 dengan meninggalkan Pencipta-Mu.. hati2lah sahabatku.. mungkin Allah inginkan kamu jadi lebih mungkar, kerana Dia terlalu marah akan kamu..
dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Yakini Allah.. buatlah kerana-Nya.. jgn terlalu mengabdikan diri dengan kertas peperiksaan sehingga abaikan solat..ataupun solat semakin dilewatkan kerana bagi peluang utk membaca sekejap.. jgn, jgn begitu.. jagn jadi terlalu Abnormal! biar Abnormal yg membuatkan kita semakin dekat dengan Allah, bukan Abnormal sehingga menjauhkan kita dengan-Nya.
Carilah Redha dan berkat Allah..
Berdoalah supaya dapat ilmu yg berkat..
supaya..
apabila kita dapat ilmu yg banyak kita tidak bongkak..
bahkan ia mendekatkan kita kepada Allah..
kita menyebarkan ilmu itu..
Gunakan kelebihan kita sebagai muslim.. yang tiada pada manusia lain..
org kafir perlu belajar bagai nk rak kerana dia tidak berpeluang dapat redha Allah..
berbeza dengan kita..
Allah suka yg bersederhana..
jadi, ayuh kita seimbangkan dunia dan akhirat.
ikhtiar kita kearahnya Allah akan pandangnya dengan amat besar sekali.
ganjarannya juga besar.
Ayuh kita ikhtiar utk dekat dengan-Nya.
Ilmu itu suci bersih, ia akan masuk pada hati2 yg bersih..
pengalamanku..
aku tidak suka belajar topik kebarangkalian dan seangkatannya..
senang cerita aku x suke math semester 2 di matrikulasi..
utk makluman, aku suka gilak sma matematik tapi bile kene bab yg x suke..
aku buat muka.
jd sgt benci math sem 2..
kesian lecturer yg ajar..
mesti dia rasa serba salah tengok muke anak murid die yg x seronok kat dewan kuliah..
disebabkan tidak beradab, pecah rekod! math dpt selain dr A.. (keputusan jatuh)
Alhamdulillah.. Allah menegurku lembut.
Allah tidak akan mensia-siakan setiap apa yang kita lakukan.. Buat jahat pun Allah akan tetap membalasnya.
Banyak lagi bantuan yg Allah beri padaku apabila musim exam hampir tiba.. kadang2 time baca buku, dok selak2 kertas.. Allah gerakkan hati untuk STOP! dan berkenan dengan satu ilmu itu.. baca dengan seronok, mudah paham.. alhamdulillah.. lebih seronok lg, benda tu kuar pekse.. ngee..
Macam mana sy boleh dapat mcm ni? hehe,Ustazahku ajar untuk solat Istikharah bila nak periksa.. ha, bukan nak kawen je guna solat istikharah tau.. semua urusan yg musykil pon boleh.. cube tekan kat word ni "KLIK"
p/s: sesiapa yg terlibat dlm cerita ini, sy ucapkan ribuan terima kasih..
thanks 4 shring syah..
ReplyDeleteSaya sangat suka post ni.. hehe.. betul.. ALLAH menegur kita dengan lembut bila kita buat salah.. Sape tak bengang bila tegur keras-keras dow.. Inilah tanda kasihNya ALLAH pada kita.. sekian
ReplyDelete