Thursday, December 26, 2013

Nabi Ibrahim menemui Tuhannya..

“Hai Ibrahim, jika engkau benci dengan tuhan-tuhan sembahanku, pergilah engkau sejauh-jauhnya. Tinggalkanlah aku selama-lamanya!” Kemarahan bapanya, Azar yang menggelegak.

Ibrahim amat berdukacita. Lelaki yang ditakdirkan Allah ta’ala sebagai ayah kandungnya tetap utuh menggenggam kemusyrikannya. Cahaya kebenaran yang dihulurkan tulus, dibalas dengan ayahnya dengan ancaman..

Inilah kemuncak permulaan Nabi Ibrahim menemui tuhannya.. dan hal ini juga ujian getir yang harus dilaluinya, seusai dia menemui kebenaran.. Andai berlaku pada manusia hari ini, pastinya merintih dan mempersoalkan mengapakah tatkala semakin dekat bersama al-khalik, semakin kuat ujiannya.. Tetapi tidak bagi nabi Ibrahim, pertemuannya terhadap ketuhanan Allah pencipta alam semesta amat mengukuhkan pegangan dan pendiriannya.
Merujuk buku Samudera Cinta Sarah dan Ibrahim a.s, karya Ibnu Sahid As-Sundy (kata pengantar, Rohaya Ishak) m/s 4;

Sejak usia muda, kecerdasan dan kecerdikan Ibrahim telah teruji. Kesucian jiwanya membuatnya bersikap kritis, terutama pada hal-hal yang menyangkut ketuhanan, hingga Litsa binti Karbita, ibu kandungnya meyakini, puteranya itu kelak menjadi orang besar.

“Duhai ibunda tercinta, siapakah sesungguhnya Tuhanku?” tanya Ibrahim suatu hari ketika usianya menjelang sepuluh tahun. Pertanyaan seperti itu tidak lazim diungkapkan seorang kanak-kanak yang dunianya masih dipenuhi gelak tawa permainan dan kemanjaan nan tinggi.

“Aku!” jawab Litsa ringan.
Dahi Ibrahim berkerut dan kedua keningnya hampir bertaut mendengarnya.

“Jika ibu adalah Tuhanku, lalu siapakah Tuhan ibu?”

“Ayahmu!”

“Lalu, siapakah Tuhan ayah?”

“Namrud bin Kusy!” jawab Litsa tegas.

“Dia raja besar kerajaan Babil yang wilayah kekuasaannya amat luas. Dia raja perkasa  yang keperkasaannya melangit. Namrud adalah Tuhan ayahmu dan Tuhan kita,”

Ibrahim tidak puas hati mendengar jawaban ibunya. Jiwa sucinya memberontak. Tidak mungkin seorang manusia menjadi Tuhan sembahan manusia lainnya, demikian kata hati jernihnya. Maka dia terus mengejar dengan pertanyaannya lagi,
“lalu, siapa Tuhan Namrud?”
                Litsa tidak lagi mampu menjawab pertanyaan anaknya. Tangannya segera dihayun dan menampar Ibrahim agar tidak berani lagi bertanya seperti itu. Ibrahim terdiam tetapi hatinya terus bergolak. Dia merasa pedih akibat tamparan ibunya, namun hatinya jauh lebih pedih tatkala pertanyaannya tidak terjawab.
Ibrahim masih tidak berpuas hati, Ibrahim terus mencari sendiri. Mencari siapakah Tuhannya yang juga merupakan tuhan ibunya, Tuhan ayahnya dan juga tuhan namrud bin Kusy? 

Ibrahim menghabiskan siang dan malamnya untuk mengamati alam semesta. Diperhatikannya hamparan langit yang maha luas.

Suatu hari Ibrahim memerhatikan lautan luas yang tidak diketahui mana hujung pangkalnya, lalu matanya menatap bintang Musytari di kegelapan malam, Ibrahim merasa kagum. Bintang tersebut telah bersinar terang melebihi bintang lain yang menerangi bumi di waktu malam. Dengan ketakjuban itu, Ibrahim menyangka bintang Musytari itulah Tuhannya!

Bagaimanapun, Ibrahim kecewa kerana bintang Musytari itu akhirnya lenyap. Tidak mungkin Tuhan lenyap, batinnya menegakkan kebenaran. Maka ia beralih ke sesuatu yang lebih hebat dari bintang Musytari. Bulan lebih besar dan lebih terang cahayanya dibandingkan bintang Musytari. Lalu Ibrahim menganggap bulan itulah Tuhannya.

Tetap kecewa sebaik sahaja ibrahim mendapati bulan  pun beransur pergi seiring malam yang beransur hilang. Batinnya kembali bertegas, tidak mungkin bulan itu Tuhan, kerana Tuhan tidak mungkin hilang apabila pagi hadir menjelmakan diri. Kemudian diketemukannya kenyataan, bahawa matahari berlipat-lipat kali ganda jauh lebih besar dan terang sinarnya dibandingkan bulan. Maka lagi sekali dia membuat keputusan baru, matahari itulah Tuhannya!

Ibrahim menyangkakan pencariannya telah berakhir. Bagaimanapun, ternyata tidak! Sama seperti bulan, matahari pun turut terbenam di barat ketika senja hadir. Amat mustahil tuhan seperti itu.
Ibrahim buntu. Tidak tahu lagi kepada siapakah dia hendak merebahkan keimanan dan ketakwaannya. Batinnya hanya menegas,

“Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat!”

Kemudian Allah s.w.t mengutus malaikat Jibril kepada Ibrahim untuk menggemakan kalimat suci di sanubarinya.

“Wahai Ibrahim, patuh dan tunduklah Engkau!”
Meski amat terkejut, namun Ibrahim dengan yakin menjawab, “Aku patuh dan tunduk kepada tuhan semesta Alam!”.

Maka tersingkaplah rahsia yang dicari sebelum ini. Akhirnya Ibrahim menemukan Allah ta’ala selaku tuhan sembahannya yang menciptakan seluruh alam raya ini. Keimanannya kukuh kepada Allah s.w.t.

Baginda telah diduga dengan mengisbatkan kewujudan Tuhan melalui tadabbur (pengamatan)
alam semesta melalui bulan, matahari dan bintang. Cabaran ini juga telah berjaya di atasi oleh
Nabi Ibrahim (a.s), maka Allah (s.w.t) telah memerintahkan baginda supaya tunduk dan patuh
 serta menyerah diri kepada Allah (s.w.t) dan Baginda mematuhinya.

Kejayaan Nabi Ibrahim ini antara salah satu sebab baginda akhirnya digangkat menjadi imam kepada seluruh umat manusia. Allah s.w.t 

Wednesday, December 4, 2013

Tengkujuh, bukan Allah turunkan dengan sia-sia..

Allah hanya melebihkan sedikit sukatan hujan daripada sukatan yang diperlukan manusia.. kita sudah kelam kabut, rasa kesusahnnya.. rumah ditenggelam air, tak boleh keluar rumah, baju tak kering, paip pecah.. Allah boleh turunkan lebih banyak sukatan hujan sehingga musnah seluruh alam.. tapi rahmat Allah, menahan semua celaka itu dr berlaku pada musim ini.. diberi kesempatan lagi untuk hambanya berfikir atas nikmat-Nya dan bertaubat...

Sungguh, pada musim begini, Allah tunjukkan sy maksud tafsiran surah al-Mu'minin ayat 18 yang bermaksud;

Dan Kami turunkan air dari langit dengan suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan pasti Kami berkuasa melenyapkannya...

11 bulan Allah bg nikmat, 1 bulan Allah bg ujian untuk manusia beringat-ingat.. 1 nikmat ini yang kita belum terlihat
Nikmat Allah yang mana lagi kita dustakan?

Wednesday, November 27, 2013

Yang namanya rezki itu.

Yang namanya rezki itu.. 
bukanlah harta atau perkara yg kita miliki... 
tetapi yg memberi manfaat kpd kita...

barangkali gaji kita 2000, 
1500 habis utk beli ubat, baiki kereta dll.. 
hanya 500 benar2 memberi manfaat kpd kita dan keluarga..
jd 500 itu lah rezki kita.. 

oleh itu, doa terbaik adalah mohon diluaskan rezki..
kita doa pun sebut rezki yg dimurahkan.. 
bukan dibanyakkan hrta,
sungguh cantiknya islam,
halus dalam kata-katanya,
yang rata-rata tidak memahami..

sedekah itu antaranya amalan utk memperluaskan rezki.. 
dengan sedekah, kita boleh m'hlg diri dari bala dan sengsara..
spt kemusnahan hrta..
kehilangan, kerosakan, kesakitan, jd mangsa khianat..
dll yg jauh lebih memerlukan wang yg banyak, brgkali ribuan..

ramai orang kata, mana boleh dpt uang kalau tidak bekerja..
selalu orang kata, memang benar Allah bagi rezeki, tetapi kita.. perlu usaha..
sikit yang kata, Allah suruh kita kerja, tapi rezeki tetap Allah yang bagi..

renungi, ayuh kita pilih menggunakan iman..
rezeki tetap Allah yg beri.. tepat masanya, sesuai sukatannya..

Sunday, November 24, 2013

Sumber inspirasi utk kurus


Rasa tercabar bila Adam yang baru 7 bulan buat push up.. Die sedar die debab, jadi die buat push up.. alahai budak kecik.. walaupun mak ayah awak cikgu sukan, die tak da ajar awak buat mcm ni.. macam mana awak boleh terfikir buat macam ni dik oi..

Tuesday, September 3, 2013

Gelagat budak-budak


Gambar: Jamuan raya kelas 1 Beta.. mereka tetamu raya yang ke 56.. Adam tiada dalam gambar kerana cuti  sakit kudis buta.. Penyakit no.1 bg pelajar asrama.. Lagi 1 kelas beraya semasa saya p kursus.. Bayi kecil itu housemate saya.. penghibur setelah penat menjerit seharian di sekolah.


Sambutan hari kemerdekaan ke-56 di stadium Mersing. 35 peserta kesemuanya dan semuanya form 2. Hehe, sebabnya budak f5 n f3 sibuk prepare utk PMR dan SPM.. Form4 pula sibuk dengan Ujian.. Nak senang kerja, saya ambil semua perempuan F2.. hanya tinggal 9 org perempuan yang tak sertai dan kebosanan. Jadinya, pakaikanlah semuanya baju KRS sebab saya guru KRS.. Macam2 ragam, boot sebelah tinggi n sebelah pendek lah, belum kes kepanasan dengan baju yang tebal n aksesori banyak + kasut berat.. Maaflah kalau korang terpaksa cari tudung sampai lewat pagi sebab tak nak kene bebel dan dilarang oleh saya dari masuk bertanding..

Johan bagi Pertandingan kontinjen terbaik dan pakaian terbaik kategori Pasukan Beruniform IPT dan Sekolah Menengah.

Bunga raya tu adalah hadiah sebab sekolah dapat naib johan bg landskap tercantik (Baki bunga akan dihantar oleh Majlis Daerah pada kemudian hari).. Kalah dengan SMK Mersing.

Banyak lagi kenangan, tetapi disebabkan ambil gambar bukan hobi saya.. jadi kamera kosong ja.. ngeh3